Skip to main content

Malaysia

Tular aksi individu bertopeng disyaki curi kabel di ibu kota

Rakaman video tular menunjukkan beberapa individu bertopeng disyaki mencuri kabel berhampiran TREC Kuala Lumpur sebelum melarikan diri dengan dua kenderaan. -Foto Sinar Harian
Rakaman video tular menunjukkan beberapa individu bertopeng disyaki mencuri kabel berhampiran TREC Kuala Lumpur sebelum melarikan diri dengan dua kenderaan. -Foto Sinar Harian

Ringkasan AI

  • Rakaman video tular menunjukkan beberapa individu bertopeng disyaki mencuri kabel berhampiran TREC Kuala Lumpur sebelum melarikan diri dengan dua kenderaan.
  • Usaha beberapa individu lain untuk menghalang suspek dengan membaling kon trafik gagal menghentikan mereka daripada melarikan diri.
  • Lokasi, waktu sebenar kejadian dan identiti suspek masih belum dipastikan, pihak media sedang mendapatkan pengesahan polis.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Tular rakaman video memaparkan beberapa individu bertopeng yang disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel sebelum melarikan diri menggunakan dua kenderaan dalam satu kejadian yang didakwa berlaku berhampiran TREC Kuala Lumpur.

Kejadian itu dirakam menerusi video berdurasi kira-kira 38 saat yang dikongsikan seorang pengguna di platform Threads, lapor Sinar Harian.

Menerusi rakaman tersebut, beberapa individu berpakaian gelap serta memakai penutup muka dilihat memotong dan menarik kabel yang berada di atas permukaan jalan berhampiran sebuah jejambat.

Advertisement

Mereka kemudian meninggalkan lokasi menggunakan dua kenderaan berwarna hitam, iaitu sebuah pikap dan sebuah kereta sedan.

Bagaimanapun, tindakan mereka cuba dihalang beberapa individu lain yang dilihat membaling kon trafik ke arah kenderaan terbabit, namun usaha itu tidak berjaya.

Advertisement

Pengguna Threads yang berkongsi rakaman berkenaan mendakwa kegiatan tersebut dilakukan secara terbuka di hadapan orang ramai.

Bagaimanapun, lokasi dan waktu sebenar kejadian serta identiti individu yang terlibat masih belum dapat dipastikan.

Media sedang mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut daripada polis berhubung kejadian itu.

Must Watch Video

Advertisement