awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis maut serangan di gereja Kosovo

Astro Awani
Astro Awani
24/09/2023
23:20 MYT
Anggota polis maut serangan di gereja Kosovo
Anggota polis mengepung kawasan gereja di mana seorang anggota maut ditembak di Kosovo. - Foto REUTERS
PRISTINA: Sekurang-kurangnya empat maut termasuk seorang anggota polis dalam insiden tembakan di sebuah gereja di Kosovo pada Ahad.
Dalam kejadian tersebut 30 lelaki bersenjata menguasai gereja berkenaan di sebuah kampung di sempadan Serbia.
Presiden Serbia Aleksandar Vucic mengesahkan, tiga mangsa lain merupakan warganegara Kosovo Serb.
Insiden bermula apabila 30 lelaki berkenaan memasuki gereja di Leposavic yang menempatkan penziarah Kristian dari Novi Sad, sebuah bandar di utara Serbia, pada kira-kira jam 3 pagi waktu tempatan.
Menurut kenyataan polis, suspek terus melepaskan tembakan ke arah polis menggunakan pelbagai senjata termasuk bom tangan dan peluru berpandu.
Polis turut berjaya menahan kesemua suspek dan merampas senjata dan peralatan yang digunakan dalam insiden berkenaan.
Kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada ketegangan poltik antara Pristina dan Belgrade yang semakin memuncak baru-baru ini.
Kosovo mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 2008 namun Serbia, bersama sekutunya China dan Rusia, tidak mengiktirafnya.
Ramai warga Serbia menganggap Kosovo sebagai sebahagian daripada negaranya namun 1.8 juta penduduk di Kosovo terdiri daripada 92 peratus warga Albania dan hanya 6 peratus warga Serbia.
Topic Berkaitan
#serangan
#gereja
#penziarah Kristian
#insiden tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan