Skip to main content

Dunia

Anggota tentera Perancis terkorban dalam serangan di selatan Lubnan

United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) peacekeepers and members of the Lebanese army arrive at the site, after an Israeli strike severed the last remaining bridge linking southern Lebanon to the rest of the country, in Qasmiyeh, Lebanon April 16, 2026. REUTERS/Louisa Gouliamaki
Seorang anggota tentera Perancis terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam satu serangan ke atas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di selatan Lubnan pada Sabtu, kata Presiden Perancis Emmanuel Macron. - Foto REUTERS

PARIS: Seorang anggota tentera Perancis terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam satu serangan ke atas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di selatan Lubnan pada Sabtu, kata Presiden Perancis Emmanuel Macron.

Anggota yang maut itu berkhidmat dengan Rejimen Jurutera Payung Terjun ke-17, manakala tiga lagi anggota yang cedera telah dipindahkan, kata Macron melalui media sosial X, lapor Xinhua.

Advertisement

"Negara memberi penghormatan setinggi-tingginya dan menyampaikan sokongan kepada keluarga anggota tentera kita serta kepada semua kakitangan tentera yang komited dalam misi keamanan di Lubnan," kata Macron.

Segala petunjuk menunjukkan bahawa Hizbullah bertanggungjawab ke atas serangan itu, kata  Presiden Perancis itu.

Perancis menuntut agar pihak berkuasa Lubnan segera menangkap pelaku dan memikul tanggungjawab mereka bersama-sama UNIFIL, tegas Macron.

--BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video