awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA tumpaskan sindiket pemerdagangan manusia, tahan PATI
FAM ambil alih peranan teknikal NFDP, MSN kekal urus aspek pengurusan
ONE Championship: Tahap berbeza! Rifdean Masdor buat 'Rodtang Indonesia' terlentang dalam pusingan pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota terakhir Ekspedisi Everest 1953 Kancha Sherpa meninggal dunia

Bernama
Bernama
17/10/2025
03:50 MYT
Anggota terakhir Ekspedisi Everest 1953 Kancha Sherpa meninggal dunia
Kancha Sherpa ketika hadir pada satu majlis di Kathmandu, Nepal, 2 Mac 2024. - Gambar fail/AP
KATHMANDU: Kancha Sherpa, anggota terakhir yang masih hidup dalam ekspedisi Gunung Everest pada 1953 yang berjaya melakukan pendakian pertama ke puncak tertinggi dunia, telah meninggal dunia di Nepal pada usia 92 tahun, menurut keluarganya pada Khamis.
Cucu mendiang Tenzing Chogyal Sherpa berkata Sherpa meninggal dunia di kediamannya di Kathmandu.
"Sejak kebelakangan ini beliau mengalami sedikit masalah pada tekaknya. Selain itu, beliau tidak mempunyai masalah kesihatan besar bagi seseorang yang sebaya dengannya," kata Tenzing kepada dpa.
Presiden Persatuan Pendakian Gunung Nepal Fur Gelje Sherpa dalam satu hantaran di Facebook memberikan penghormatan kepadanya dan menyifatkan pemergiannya sebagai satu kehilangan besar kepada komuniti pendaki Nepal.
Dilahirkan sebagai Ang Phurba Sherpa pada 1932 di Namche Bazaar, pintu masuk ke Everest, Kancha memulakan perjalanan pendakiannya pada akhir usia remajanya selepas melarikan diri dari rumah ke Darjeeling untuk mencari pekerjaan.
Di sana, beliau bertemu dengan Tenzing Norgay yang membantunya menyertai ekspedisi Edmund Hillary sebagai seorang daripada 103 Sherpa yang menyokong pasukan pendakian yang diketuai oleh Britain.
"Nama lahirnya ialah Ang Phurba Sherpa, tetapi ibu bapanya memanggilnya Kancha. Itulah sebabnya beliau kemudian dikenali sebagai Kancha Sherpa, nama yang akhirnya diterima secara rasmi," kata anaknya Tshering Sherpa.
Hillary dan Norgay, kedua-duanya berusia 39 tahun ketika itu, menjadi orang pertama yang tiba di puncak setinggi 8,848.86 meter pada 29 Mei 1953. Sejak itu, Everest telah didaki kira-kira 13,000 kali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#meninggal dunia
#Nepal
#Kancha Sherpa
#Gunung Everest
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan