awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian akibat banjir terburuk di Sepanyol meningkat kepada 207 orang

Bernama
Bernama
02/11/2024
10:23 MYT
Angka kematian akibat banjir terburuk di Sepanyol meningkat kepada 207 orang
Angka korban dijangka meningkat dalam beberapa jam akan datang ketika pasukan penyelamat terus melakukan pencarian di kawasan yang paling terjejas. - Reuters
MADRID: Angka kematian akibat banjir kilat di wilayah selatan dan timur Sepanyol meningkat sedikit kepada 207 orang, kata seorang menteri pada Sabtu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Menteri Dalam Negeri Fernando Grande-Marlaska yang bercakap kepada stesen penyiar Cadena SER, mengemas kini jumlah kematian dalam bencana banjir terburuk di Sepanyol sejak beberapa dekad. Sebelum ini 205 kematian disahkan.
Grande-Marlaska berkata beliau menjangkakan angka berkenaan akan meningkat dalam beberapa jam akan datang ketika pasukan penyelamat terus melakukan pencarian di kawasan yang paling terjejas.
Sekurang-kurangnya 204 kematian dicatatkan di Wilayah Valencia sahaja. Tiga lagi kematian dilaporkan di wilayah Castilla-La Mancha dan Andalusia.
Terdapat kebimbangan, lebih ramai mangsa mungkin ditemukan mati di dalam kenderaan yang dihanyutkan oleh hujan lebat yang membanjiri bandar dan menyebabkan sungai melimpah awal minggu ini.
Lebih 1,700 anggota tentera membantu melakukan kerja mencari dan menyelamat di Wilayah Valencia manakala ribuan sukarelawan turut tampil membantu pasukan kecemasan tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angka kematian
#sepanyol
#banjir
#bencana alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan