awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian akibat Taufan Chido meningkat kepada 39 orang

Astro Awani
Astro Awani
25/12/2024
00:40 MYT
Angka kematian akibat Taufan Chido meningkat kepada 39 orang
Pandangan dari udara keadaan di Barakani, Mayotte selepas dilanda Taufan Chido. - Foto AP
PAMANDZI: Angka kematian di Mayotte meningkat kepada 39 orang kira-kira 10 hari selepas pulau itu dilanda Taufan Chido.
Pihak berkuasa Perancis menjangkakan ribuan lagi mungkin telah terkorban akibat taufan itu yang melanda Mayotte, wilayah luar negara Perancis di pesisir pantai Afrika Timur.
Usaha untuk mengira jumlah kematian menghadapi cabaran, termasuk amalan pengebumian segera mengikut adat agama, serta fakta bahawa ramai mangsa yang meninggal dunia mungkin merupakan pendatang tanpa dokumen.
Kelewatan bantuan tiba dan penyediaan air bersih mencetuskan kemarahan penduduk di Mayotte, wilayah termiskin Perancis yang terletak di antara Madagascar dan Mozambique.
Seorang doktor di Pamandzi, Mohamed Abdou, menyifatkan hari berkabung kebangsaan yang diumumkan Perancis sebagai "gimik politik" di tengah-tengah laporan mengenai pengabaian terhadap infrastruktur, bekalan elektrik dan pengagihan bantuan.
Ketika lawatan Presiden Emmanuel Macron minggu lalu, beberapa penduduk mengejek beliau kerana rasa tidak puas hati terhadap pengendalian krisis itu.
Topic Berkaitan
#Taufan Chido
#angka kematian
#hari berkabung
#Emmanuel Macron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan