awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian alkohol toksik di selatan India meningkat kepada 34 orang

Bernama
Bernama
20/06/2024
15:15 MYT
Angka kematian alkohol toksik di selatan India meningkat kepada 34 orang
Angka kematian akibat minum alkohol beracun di negeri Tamil Nadu, selatan India, meningkat kepada 34 orang pada Khamis dengan puluhan mangsa sedang menerima rawatan di hospital. - Foto hiasan
NEW DELHI: Angka kematian akibat minum alkohol beracun di negeri Tamil Nadu, selatan India, meningkat kepada 34 orang pada Khamis dengan puluhan mangsa sedang menerima rawatan di hospital.

Ringkasan AI
  • Angka kematian akibat minum alkohol beracun di Tamil Nadu meningkat kepada 34 orang, dengan puluhan mangsa sedang dirawat di hospital.
  • Polis dan pegawai jabatan pencegahan digantung tugas kerana kecuaian, dan 2,000 anggota polis tambahan dikerahkan ke Kallakurichi.
  • Ketua Menteri Tamil Nadu, M.K. Stalin mengumumkan pampasan kepada keluarga mangsa dan mereka yang dirawat, serta tindakan tegas terhadap penjualan dan pembuatan arak haram.

Mereka telah meminum minuman alkohol yang dihasilkan secara haram pada malam Selasa di daerah Kallakurichi, negeri itu.
Seorang pegawai kanan polis dan beberapa pegawai yang bertanggungjawab di jabatan pencegahan telah digantung tugas kerana kecuaian.
Seramai 2,000 anggota polis tambahan telah dikerahkan ke Kallakurichi untuk menjaga ketenteraman, menurut laporan media tempatan.
Tamil Nadu telah mengarahkan siasatan yang diketuai oleh seorang hakim bersara untuk menyiasat perkara itu berikutan desakan supaya tindakan tegas diambil terhadap penjualan dan pembuatan arak haram.
Seorang pembuat arak haram telah ditangkap dan 200 liter minuman keras yang mengandungi metanol, bahan yang boleh menyebabkan kerosakan organ dan boleh membawa maut walaupun dalam kuantiti kecil, telah dirampas daripadanya.
"Mereka yang terlibat dalam jenayah ini telah ditangkap. Tindakan juga telah diambil terhadap pegawai yang gagal mencegah kejadian ini," kata Ketua Menteri Tamil Nadu, M.K. Stalin dalam satu hantaran di media sosial.
Stalin mengumumkan pampasan sebanyak satu juta rupee (US$12,000) kepada keluarga setiap orang yang meninggal dunia dan 50,000 rupee kepada setiap orang yang menerima rawatan di hospital.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angka kematian
#alkohol beracun
#Tamil Nadu
#selatan India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan