Angka kematian di Gaza akibat serangan Israel meningkat kepada 41,689
Sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh dan 165 lagi cedera dalam serangan Israel yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lepas.
Bernama
Wed Oct 02 2024
Sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh dan 165 lagi cedera dalam serangan Israel yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lepas. - Gambar fail/Reuters
GAZA: Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan agresif Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023 kini melonjak kepada 41,689 orang, menurut sumber perubatan pada Rabu.
Sumber itu berkata sekurang-kurangnya 96,625 orang mengalami kecederaan dalam serangan berkenaan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh dan 165 lagi cedera dalam serangan Israel yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lepas, menurut mereka.
Sumber itu juga berkata ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan kerana penyelamat tidak dapat menghampiri mereka.