Skip to main content

Dunia

Angka kematian feri terbalik di luar pantai Cyprus meningkat kepada tujuh orang

A helicopter rescues a passenger off a ferry that capsized off the coast of Northern Cyprus, August 30, 2026, in this screengrab taken from a video. Reuters TV via REUTERS REFILE - UPDATING TO ADD THAT THE PICTURE IS A SCREENGRAB.
Advertisement

CANAKKALE (TURKIYE): Angka kematian dalam kejadian feri terbalik di luar pantai Cyprus meningkat kepada tujuh orang manakala usaha mencari 23 lagi individu sedang dijalankan, kata Perdana Menteri Republik Turki Cyprus Utara, Unal Ustel, pada Ahad, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Feri itu membawa 259 penumpang dan lapan kru ketika terbalik kira-kira 2.5 kilometer dari bandar pesisir Kyrenia, yang juga dikenali sebagai Girne. 

Sebelum ini, sekurang-kurangnya enam kematian dilaporkan.

Image
Rescue boats bring passengers to shore from capsized boat in northern Cyprus, August 30, 2026 in this screengrab taken from a video. REUTERS/Reuters TV
Bot penyelamat membawa penumpang ke pantai dari sebuah feri yang terbalik di utara Cyprus, 30 Ogos 2026. REUTERS

“Angka kematian dalam kemalangan feri itu meningkat kepada tujuh orang manakala 237 orang  diselamatkan. 

"Pasukan penyelamat sedang mencari 23 lagi individu dan penyelam turut menyertai operasi itu,” kata Ustel kepada penyiar TRT Haber.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan, katanya.

Image
A helicopter brings survivors ashore after they were rescued from the sea following a boat capsize off Kyrenia, northern Cyprus, August 30, 2026. REUTERS/Stringer TPX IMAGES OF THE DAY
Helikopter membawa mangsa yang terselamat ke darat selepas mereka diselamatkan dari laut susulan kejadian feri terbalik di luar pantai Kyrenia, Cyprus Utara, 30 Ogos 2026. REUTERS

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

Must Watch Video

Advertisement