awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian mangsa koronavirus baharu meningkat kepada 6 orang di China

Agensi
Agensi
21/01/2020
11:53 MYT
Angka kematian mangsa koronavirus baharu meningkat kepada 6 orang di China
Enam kematian dicatatkan akibat NCOV, lebih 300 dijangkiti di China. - Astro AWANI
Angka kematian akibat koronavirus baharu (New Corona Virus - NCOV) kini meningkat kepada enam mangsa di China.
Perkara itu disahkan oleh pihak berkuasa tempatan selepas virus itu merebak dengan cepat dan mengakibatkan kira-kira 300 mangsa dijangkiti ketika ini.
Kerajaan China turut mengumumkan penangguhan perayaan Tahun Baharu Cina di Wuhan yang dijangka disertai ratusan ribu rakyatnya di bandar itu.
Agensi Pelancongan di Wuhan juga diarahkan tidak membawa keluar pelancong dari bandar itu bagi mencegah penyebaran virus misteri berkenaan.
Sistem pengesan haba dan saringan turut ditambah di sekitar kawasan awam, manakala polis trafik turut menjalankan pemeriksaan kenderaan yang keluar dan masuk bagi memastikan tiada haiwan ternakan dibawa keluar dari Wuhan.
Menurut Suruhanjaya Kesihatan Bandar Wuhan, lapor media tempatan mendapati virus itu boleh disebarkan menerusi haiwan dan makanan laut.
Sehingga kini, 270 mangsa dijangkiti virus itu di Hubei, 14 di Guandong, lima di Beijing dan dua di Shanghai.
NCOV juga dilaporkan tersebar di luar China, dengan Jepun, Korea Selatan dan Thailand sudah mengesahkan kes di negara masing-masing.
Topic Berkaitan
#Beijing
#China
#Jepun
#Korea Selatan
#mangsa
#Media
#merebak
#nCoV
#New Corona Virus
#penyakit
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan