awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian mpox di Afrika melebihi 1,900 sejak 2024

Bernama
Bernama
09/08/2025
06:20 MYT
Angka kematian mpox di Afrika melebihi 1,900 sejak 2024
Sebanyak 27 negara Afrika yang terjejas oleh mpox melaporkan 174,597 kes dengan 1,922 kematian sejak awal tahun lalu. - Gambar hiasan/ Reuters
ADDIS ABABA: Angka kematian akibat wabak mpox yang sedang melanda Afrika telah melebihi 1,900 sejak awal 2024, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC) pada Khamis, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Wabak mpox di Afrika telah menyebabkan lebih 1,900 kematian dan 174,597 kes dilaporkan sejak awal 2024 melibatkan 27 negara.
  • Africa CDC melaporkan peningkatan ketara kes berbanding tahun lalu, namun terdapat penurunan berterusan dalam kes disahkan dan disyaki kebelakangan ini.
  • Peningkatan liputan ujian dianggap sebagai perkembangan positif dalam usaha membendung penularan penyakit tersebut.

Dalam taklimat media dalam talian, Ketua Staf dan Ketua Pejabat Eksekutif Africa CDC Ngashi Ngongo, berkata sebanyak 27 negara Afrika yang terjejas oleh mpox melaporkan 174,597 kes dengan 1,922 kematian sejak awal tahun lalu.
"Apabila kita membandingkan data tahun lalu dan tahun ini, kita merekodkan 94,300 kes, iaitu 117 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan tahun lalu.
Bagi kes yang disahkan, kita mempunyai 29,084 kes (tahun ini) berbanding 19,713 kes (tahun lalu)," katanya.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan benua itu mencatat penurunan berterusan dalam kedua-dua kes disahkan dan disyaki dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Peningkatan liputan ujian turut dianggap perkembangan positif dalam usaha memerangi penyakit itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Afrika
#mpox
#cacar monyet
#Africa CDC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan