awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Kembalilah...' - Zahid zahir kesudian UMNO sambut kembali mereka yang tidak lagi bersama parti
Kekok, skeptikal bersama seteru politik, namun UMNO perlu terus matang - Zahid
Motif kes bunuh di Sri Aman masih dalam siasatan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian runtuhan tapak pelupusan sampah di Filipina meningkat kepada 25 orang

Bernama
Bernama
16/01/2026
02:50 MYT
Angka kematian runtuhan tapak pelupusan sampah di Filipina meningkat kepada 25 orang
Seorang anggota penyelamat sedang menjalankan operasi menyelamat di kawasan tapak pelupusan sampah yang runtuh di Binaliw, Cebu, Filipina pada 11 Januari lalu. - Gambar Reuters
MANILA: Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di bandar Cebu, tengah Filipina, seminggu selepas tapak pelupusan sampah runtuh pada 8 Jan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 25 orang dan menyebabkan 11 lagi masih hilang, menurut pihak berkuasa pada Khamis, lapor Xinhua.
Ahli Majlis Bandar Raya Cebu, Dave Tumulak berkata, pasukan penyelamat belum secara rasmi beralih kepada fasa pencarian mayat walaupun tempoh masa telah berlalu dan keadaan di lokasi sukar, sebagai menghormati keluarga mangsa yang masih hilang.
"Kebanyakan keluarga masih berharap ahli keluarga mereka masih hidup dan kami juga berdoa agar keajaiban berlaku ketika usaha mencari mangsa terselamat diteruskan," kata Tumulak dalam satu temu bual radio.
Insiden itu berlaku di tapak pelupusan sampah yang dikendalikan secara persendirian di bandar itu pada lewat petang 8 Jan, apabila longgokan sampah yang besar runtuh, menimbus sebuah fasiliti dan ramai pekerja.
Setakat malam Khamis, Biro Perlindungan Kebakaran bandar itu mengesahkan 25 kematian, manakala 11 individu masih belum ditemukan.
Pihak berkuasa sebelum ini melaporkan yang 18 pekerja yang cedera berjaya diselamatkan dalam beberapa hari selepas kejadian berlaku.
Pasukan penyelamat, termasuk anggota bomba, pengawal pantai dan tentera, terus berdepan keadaan berbahaya di lokasi kejadian, antaranya tanah yang tidak stabil, pengumpulan gas metana serta terowong sempit di bawah bertan-tan sisa yang dipadatkan.
Sebagai tindak balas terhadap bencana itu, Majlis Bandaraya Cebu mengisytiharkan keadaan darurat, sekali gus membolehkan pengeluaran dana kecemasan bagi menyokong operasi mencari dan menyelamat serta menangani krisis pelupusan sisa yang menyusul.
Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar dan Sumber Asli mengeluarkan perintah henti operasi serta-merta terhadap pengendali tapak pelupusan berkenaan kerana kemungkinan kelemahan dalam pemantauan dan pematuhan protokol keselamatan.
Keluarga pekerja yang masih hilang terus berkumpul dan menunggu di lokasi kejadian, sambil berharap dan berdoa untuk mendapat khabar yang baik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Filipina
#tapak pelupusan sampah
#kematian
#pencarian mayat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan