awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian tanah runtuh di India meningkat kepada 224

Bernama
Bernama
31/07/2024
15:37 MYT
Angka kematian tanah runtuh di India meningkat kepada 224
Tanah runtuh di kawasan berbukit Wayanad berlaku pada awal pagi Selasa, memerangkap mangsa yang sedang tidur dalam kediaman mereka. - AP
NEW DELHI: Tanah runtuh di negeri Kerala, India selatan, mengorbankan sekurang-kurangnya 224 orang, menurut sumber berita tempatan pada Rabu, ketika pasukan penyelamat menyambung semula operasi mencari 225 orang yang masih hilang dan dikhuatiri terperangkap oleh lumpur dan serpihan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Tanah runtuh di kawasan berbukit Wayanad berlaku pada awal pagi Selasa, memerangkap mangsa yang sedang tidur dalam kediaman mereka.
Kerajaan tempatan sedang mengumpul data mengenai bilangan penduduk di kawasan itu, mereka yang ditemukan selepas tanah runtuh dan mereka yang masih hilang, lapor akhbar Hindu.
Hujan lebat selama dua hari menyebabkan tanah runtuh, mengakibatkan sungai mengalir deras yang dipenuhi lumpur dan batu besar yang menghanyutkan jambatan dan menghalang jalan, menimbulkan cabaran untuk operasi menyelamat.
Tentera darat dan laut membantu pasukan penyelamat tempatan dan Pasukan Bantuan Bencana Nasional untuk menyelamatkan orang dari kawasan yang terputus hubungan menggunakan tali katrol dan mesin penggerak tanah.
Jurutera tentera sedang membina jambatan sementara untuk menyelamatkan mangsa dari kawasan Mundakkai yang terputus sepenuhnya.
Lebih 3,000 orang tinggal di kem bantuan yang didirikan di kawasan yang lebih selamat. Diramalkan hujan lebat berterusan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#India
#angka korban
#Kerala
#Wayanad
#bencana alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan