CHIBA (JEPUN): Angka kematian akibat Taufan Dujuan, yang melanda timur Jepun awal minggu ini, meningkat kepada sembilan orang pada Rabu selepas seorang wanita disahkan meninggal dunia di Wilayah Kanagawa dan seorang lelaki ditemukan (maut) di dalam kenderaan yang tenggelam di Wilayah Chiba, di timur Tokyo, lapor Kyodo News memetik pihak berkuasa tempatan.
Usaha mencari empat orang yang dilaporkan hilang masih diteruskan selepas ribut itu membawa hujan lebat dan banjir ke Wilayah Chiba.
Enam daripada sembilan mangsa maut di Chiba dan tiga lagi di Wilayah Kanagawa, yang terletak di barat daya Tokyo.
Taufan itu berlaku semasa tempoh cuti lima hari 'Silver Week' yang berlangsung hingga Rabu, menyebabkan kerosakan teruk di Chiba yang turut mengalami hujan lebat dan banjir pada Ogos serta awal September.
-- BERNAMA-KYODO