Skip to main content

Dunia

Pope Leo XIV tiba di Argentina, disambut Presiden Milei

Paus Leo tiba di Nunsiatur Apostolik, yang menjadi tempat penginapannya sepanjang lawatan rasmi beliau ke Argentina. - Foto REUTERS
Paus Leo tiba di Nunsiatur Apostolik, yang menjadi tempat penginapannya sepanjang lawatan rasmi beliau ke Argentina. - Foto REUTERS

Ringkasan AI

  • Presiden Argentina, Javier Milei, menyambut ketibaan Pope Leo XIV di Buenos Aires, lawatan pertama ketua Gereja Katolik ke negara itu dalam hampir 40 tahun.
  • Pope Leo dijadual menghadiri majlis rasmi, bertemu Milei di Casa Rosada, serta memimpin misa di beberapa lokasi sebelum meneruskan lawatan ke Peru.
  • Lawatan ini berlangsung ketika hubungan kerajaan dan Gereja Katolik diuji dasar penjimatan Milei, serta penurunan jumlah penganut Katolik di Argentina.
Advertisement

BUENOS AIRES: Presiden Argentina, Javier Milei, menyambut ketibaan Pope Leo XIV di Lapangan Terbang Jorge Newbery pada Ahad, menandakan lawatan pertama seorang ketua Gereja Katolik ke negara itu dalam hampir empat dekad.

Menurut laporan AFP, Milei bersama Setiausaha Presiden, Karina Milei, menyambut Pope Leo ketika hubungan antara kerajaan dan Gereja Katolik Argentina terus diuji berikutan langkah penjimatan perbelanjaan yang dilaksanakan pentadbiran beliau.

Pope Leo, 71, yang juga paus pertama berasal dari Amerika Syarikat, dijadual menghadiri majlis sambutan rasmi di Plaza San Martin serta mengadakan pertemuan dengan Milei di istana presiden, Casa Rosada.

Advertisement

Lawatan itu berlangsung ketika Gereja Katolik di Amerika Latin berdepan penurunan jumlah penganut.

Kajian Pew Research Center menunjukkan peratusan rakyat Argentina yang mengaku sebagai penganut Katolik menurun daripada 71 peratus pada 2013-2014 kepada 58 peratus sedekad kemudian.

Advertisement

Gereja Katolik sebelum ini mengkritik dasar penjimatan Milei yang melibatkan pengurangan perbelanjaan sosial dan bantuan kepada golongan miskin, namun presiden itu mempertahankan langkah berkenaan sebagai perlu untuk mengawal inflasi.

Menurut Al Jazeera, Pope Leo akan berada di Argentina sehingga Rabu, termasuk melawat penjara serta memimpin misa di Buenos Aires, Lujan dan Cordoba sebelum meneruskan lawatan ke Peru.

Lawatan itu turut mendapat perhatian kerana mendiang Pope Francis, yang berasal dari Buenos Aires dan meninggal dunia pada 2025, tidak pernah melawat tanah airnya sepanjang menjadi ketua Gereja Katolik.

 

 

Must Watch Video

Advertisement