Skip to main content

Dunia

Datuk Bandar Mexico ditemukan selamat selepas diculik beberapa jam

Setakat ini, motif penculikan masih belum diketahui dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti pihak yang terlibat. - Foto X/@OHarfuch
Setakat ini, motif penculikan masih belum diketahui dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti pihak yang terlibat. - Foto X/@OHarfuch

Ringkasan AI

  • Datuk Bandar Rio Bravo, Miguel Angel Almaraz, ditemukan selamat selepas diculik sekumpulan lelaki bersenjata di utara Mexico.
  • Almaraz dibebaskan beberapa jam selepas dilarikan, manakala motif penculikan masih belum diketahui dan siasatan sedang dijalankan.
  • Insiden berlaku di Zacatecas, kawasan yang sering dikaitkan dengan aktiviti kumpulan jenayah terancang termasuk Kartel Jalisco dan Kartel Sinaloa.
Advertisement

MEXICO CITY: Datuk Bandar Rio Bravo di Mexico, Miguel Angel Almaraz, ditemukan selamat selepas diculik sekumpulan lelaki bersenjata dalam insiden yang berlaku di utara negara itu.

Menurut pihak berkuasa persekutuan, Almaraz dibebaskan pada Ahad, beberapa jam selepas dilarikan penculik ketika dalam perjalanan bersama ahli keluarga dan rakan-rakannya pada Sabtu.

Jabatan Keselamatan negeri memaklumkan kenderaan yang dinaiki mereka dipintas oleh lelaki bersenjata di kawasan yang merentasi negeri Zacatecas dan San Luis Potosi. Penculik membebaskan ahli keluarga serta rakannya, manakala Almaraz dibawa pergi.

Advertisement

Keluarga mangsa kemudiannya berjaya tiba di sebuah bandar di San Luis Potosi sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk melaporkan kejadian itu.

Setakat ini, motif penculikan masih belum diketahui dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti pihak yang terlibat.

Advertisement

Almaraz merupakan datuk bandar Rio Bravo di negeri Tamaulipas, sebuah bandar yang terletak kira-kira 11 kilometer dari sempadan Mexico-Amerika Syarikat.

Beliau pernah didakwa atas kes pengubahan wang haram dan dipenjarakan selama enam tahun sebelum dibebaskan serta dibersihkan daripada tuduhan itu pada 2015.

Insiden berkenaan berlaku di Zacatecas, negeri yang sering dikaitkan dengan aktiviti kumpulan jenayah terancang termasuk Kartel Generasi Baharu Jalisco dan Kartel Sinaloa.

Kedua-dua kartel itu sering dipersalahkan atas serangan terhadap orang awam dan ahli politik, selain terlibat dalam perebutan kawasan pengaruh yang mencetuskan keganasan berpanjangan di wilayah berkenaan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement