ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 31 Ogos 2026.
Ong Kian Ming umum keluar DAP, tidak sertai parti lain atau tanding PRU16, bantu KJ
Bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP) berkuat kuasa hari ini.
Sambutan Hari Kebangsaan 2026 lancar, lebih 100,000 hadir - Fahmi
Sambutan Hari Kebangsaan 2026 berlangsung lancar dengan kehadiran lebih 100,000 orang bagi memeriahkan acara berkenaan, sekali gus melebihi sasaran awal 80,000, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.
Tun M berkerusi roda hadiri sambutan Hari Kebangsaan 2026
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mencuri tumpuan apabila hadir ke Dataran Putrajaya bagi memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 di sini pada Isnin.
IPU cecah 500: Darurat hanya di lokaliti terjejas, bukan seluruh Sarawak - Uggah
Perkara itu selaras dengan panduan pengurusan bencana jerebu negara yang menetapkan bacaan IPU 500 sebagai keadaan yang memerlukan pengisytiharan darurat.
Warga Palestin terbangkan 69 layang-layang dari Pantai Gaza tanda kasih buat Malaysia
Setiap layang-layang membawa pesanan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang terus teguh menyokong perjuangan Palestin, khususnya penduduk Gaza.
Raja Charles ucap tahniah kepada Sultan Ibrahim sempena Hari Kebangsaan Malaysia
Pemerintah Britain, Raja Charles III dan Permaisuri Camilla zahirkan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan seluruh rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan.
Hari Kebangsaan: Tiada amalan jemput bekas Perdana Menteri
Tiada amalan menjemput bekas Perdana Menteri secara automatik ke Sambutan Hari Kebangsaan sejak 2018, jelas Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah.
'It’s a YES!' - Gugurnya air mata Azizulhasni, perjuangan ke LA28 diteruskan
Selepas melalui beberapa hari penuh tanda tanya mengenai masa depannya, Datuk Mohd Azizulhasni Awang akhirnya menerima perkhabaran yang dinanti-nantikan apabila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) memberi lampu hijau untuk meneruskan perjuangannya menuju Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).
Malaysia mohon kebenaran Nepal hantar SMART bantu operasi SAR - Mohamad Hasan
Malaysia telah memohon kebenaran Kerajaan Nepal untuk mengatur gerak Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan bencana banjir di negara itu.
‘Habis madu, sepah dibuang’ - Hantaran Anthony Loke ditujukan kepada Kian Ming?
‘Habis madu, sepah dibuang’. Adakah hantaran ringkas yang dimuat naik Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke di Facebooknya sekadar peribahasa atau mempunyai maksud tersirat terhadap bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming yang mengumumkan keputusan meninggalkan DAP hari ini?