GAZA: Sekurang-kurangnya 24,927 penduduk Palestin terbunuh akibat pengeboman Israel di Semenanjung Gaza sejak perang rejim Zionis dengan Hamas meletus pada 7 Oktober tahun lalu.
Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan.
Jelas kementerian itu, sekurang-kurangnya 165 penduduk di Gaza terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu.
Menurut kementerian, seramai 62,388 lagi penduduk mengalami kecederaan sejak perang bermula di wilayah Palestin itu.
Sementara itu, Al Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 18 penduduk Palestin terbunuh akibat pengeboman Israel sejak waktu Subuh pada Sabtu.
Jelas laporan itu, dua penduduk Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan Israel di kawasan kejiranan Al-Amal di Khan Younis.
Ini menjadikan jumlah mangsa serangan Israel di beberapa kawasan di bandar itu meningkat kepada 18 orang.
Kawasan sekitar Hospital Al-Shifa turut menjadi sasaran serangan udara dan pengeboman tentera Israel.
Astro Awani
Sun Jan 21 2024
Sekurang-kurangnya 18 penduduk Palestin terbunuh akibat pengeboman Israel sejak waktu Subuh pada Sabtu. - Foto REUTERS
Solidariti Palestin gegar konvokesyen di Michigan
Penunjuk perasaan yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin tampil menyuarakan desakan mereka di Universiti Michigan, supaya keganasan di Gaza dihentikan. Mereka yang dipercayai terdiri dalam kalangan mahasiswa menyuarakan tanda sokongan dengan memakai keffiyeh serta mengibarkan bendera Palestin ketika majlis konvokesyen di universiti berkenaan sedang berlangsung.
10 Berita Pilihan - (05 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan fokus pembangunan modal insan
Membantu penduduk di kampung yang terpilih dapat meneruskan kelangsungan hidup tanpa bergantung kepada kerajaan semata-mata.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Singapura pada 6,7 Mei
Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan diiringi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.
Kelecuran badan Faisal Halim pada tahap dua
Kelecuran yang dialami oleh pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim adalah pada tahap dua.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halim memberitahu, kecederaan itu dikesan di beberapa bahagian tubuh iaitu di sekitar leher, bahu, lengan dan dada.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halim memberitahu, kecederaan itu dikesan di beberapa bahagian tubuh iaitu di sekitar leher, bahu, lengan dan dada.
Faisal kini dirawat di hospital, keadaan stabil
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan Faisal Halim kini dirawat di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.
Tumpuan Isnin - 06 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tunku Mahkota Ismail kecam insiden libatkan Faisal, Akhyar
Baginda berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera siasat kes tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.
'Keadaan Faisal cukup menyedihkan' - Hamidin
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin kesal dengan kejadian yang menimpa Faisal Halim yang disimbah asid dalam satu kejadian di sebuah pusat beli-belah pada Ahad.
Angka korban rakyat Palestin hampiri 34,700 berikutan serangan Israel
Sekurang-kurangnya 34,683 warga Palestin terkorban dalam serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak Oktober tahun lepas.
Angka korban rakyat Palestin hampiri 34,700 berikutan serangan Israel
Sekurang-kurangnya 34,683 warga Palestin terkorban dalam serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak Oktober tahun lepas.
Malaysia gesa tindakan tegas akhiri ketegangan Asia Barat dicetus Israel - Mohamad
Malaysia menggesa tindakan lebih tegas dalam menyelesaikan ketegangan di Asia Barat yang berpunca daripada pendudukan haram Israel di Palestin.
Arab Saudi, Maghribi, Mesir gesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza
Arab Saudi, Maghribi dan Mesir menggesa supaya satu gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza yang diserang secara berterusan oleh Israel.
Ribuan penunjuk perasaan Israel tentang Netanyahu
Peserta tunjuk perasaan menuduh Netanyahu meneruskan peperangan untuk terus berkuasa.
Isu Gaza dijangka dominasi Sidang Kemuncak OIC
Pengerusi OIC tegaskan wujud keperluan mendesak untuk membincangkan konflik berpanjangan di Palestin dan kemusnahan akibat perang di Gaza.
Delegasi Hamas di Kaherah mahu jayakan gencatan senjata
Delegasi Hamas tiba di Kaherah pada Sabtu untuk bertemu pasukan pengantara dari Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.
Konflik di Gaza terus jadi "perang terhadap wanita" - UNRWA
Israel terus menyasarkan wanita dalam serangan tanpa henti rejim Zionis di Semenanjung Gaza, kata UNRWA.
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
Kapal Handala milik FFC ke Eropah Utara, anjur protes tentang kekejaman Israel di Gaza
Kapal Handala milik Freedom Flotilla Coalition (FFC) akan belayar ke beberapa negara di utara Eropah sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza.