BANJUL: Konflik di Gaza dijangka mendominasi agenda perbincangan di Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Negara-Negara Islam (OIC) di Gambia.
Presiden Gambia, Adama Barrow, yang juga Pengerusi OIC, tegaskan wujud keperluan mendesak untuk membincangkan konflik berpanjangan di Palestin dan kemusnahan akibat perang di Gaza.
Beliau menambah, Gambia akan kekal menyokong usaha Afrika Selatan untuk mendakwa Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), susulan tindakan rejim itu di Gaza.
"Kami kekal bersolidariti dengan Afrika Selatan dan semua yang melaksanakan advokasi keadilan dan kebertanggungjawaban, kami ikrar sokongan kami terhadap usaha mereka untuk mendapatkan keadilan terhadap kekejaman yang dilakukan oleh Israel," katanya.
Sidang OIC pada Ahad dijangka akan menerima pakai resolui berhubung konflik Gaza dan kes Rohingya.
Gambia sebelum ini memfailkan kes terhadap Myanmar bagi pihak OIC pada 2019 atas dakwaan negara itu mencabul Konvensyen Genosid berhubung layanan terhadap pelarian Rohingya.
Kes berkenaan masih kekal di ICC sehingga kini.
Astro Awani
Sun May 05 2024
Sidang OIC pada Ahad dijangka akan menerima pakai resolui berhubung konflik Gaza dan kes Rohingya. - Foto AP
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Isu Gaza dijangka dominasi Sidang Kemuncak OIC
Pengerusi OIC tegaskan wujud keperluan mendesak untuk membincangkan konflik berpanjangan di Palestin dan kemusnahan akibat perang di Gaza.
Saifuddin digesa ketengah ketegangan AS-Iran di mesyuarat OIC
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah digesa mengetengahkan ketegangan antara Amerika Syarikat-Iran yang mungkin menjadi konflik serius di Timur Tengah.