awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban di Semenanjung Gaza meningkat kepada 51,065, lebih 116,505 cedera

Bernama
Bernama
17/04/2025
15:55 MYT
Angka korban di Semenanjung Gaza meningkat kepada 51,065, lebih 116,505 cedera
Sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh manakala 73 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lepas akibat serangan berterusan rejim Israel di Semenanjung Gaza. - Gambar fail/REUTERS
GAZA: Sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh manakala 73 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lepas akibat serangan berterusan rejim Israel di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) yang memetik sumber perubatan.
Menurut laporan itu, jumlah korban rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 51,065 orang, manakala 116,505 lagi dilaporkan cedera. Kebanyakan mangsa merupakan wanita dan kanak-kanak.
Pasukan kecemasan masih tidak dapat mengakses ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan atau terbiar di atas jalan raya di wilayah yang dilanda perang, berikutan serangan berterusan tentera pendudukan Israel terhadap anggota pasukan ambulans dan pasukan pertahanan awam, menurut sumber sama.
Serangan genosid Israel berterusan tanpa halangan meskipun Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyeru kepada gencatan senjata segera, dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengeluarkan arahan bagi mencegah pembunuhan beramai-ramai serta meredakan krisis kemanusiaan yang semakin parah di Gaza.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Semenanjung Gaza
#angka korban
#serangan Israel
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan