CARACAS: Angka korban yang disahkan akibat dua gempa bumi yang melanda Venezuela bulan lepas meningkat kepada 3,685 orang pada Selasa, naik 150 orang berbanding hari sebelumnya, menurut Presiden Perhimpunan Kebangsaan Jorge Rodriguez menerusi hantaran di platform X, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Banyak pasukan penyelamat antarabangsa telah meninggalkan negara itu, manakala sebahagian lagi masih ditugaskan di lokasi bencana. Sukarelawan juga meneruskan pencarian di celah runtuhan bangunan.
Ahli keluarga mangsa yang masih hilang menggesa pihak berkuasa supaya meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sehingga ahli keluarga mereka ditemukan, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia, supaya mereka dapat disemadikan.
Gempa bumi bermagnitud 7.2 dan 7.5 melanda Venezuela pada 24 Jun lepas, diikuti lebih 1,000 gempa susulan yang lebih lemah.
Menurut pakar, peluang untuk menemukan mangsa yang masih hidup selepas dua minggu berlakunya gempa bumi adalah amat tipis.
-- BERNAMA-dpa