WASHINGTON: Angka korban akibat dua gempa bumi yang melanda Venezuela bulan lepas meningkat kepada 4,561 orang, kata Presiden Dewan Negara Jorge Rodriguez pada Isnin.
Menurut Anadolu Ajansi, Rodriguez berkata seramai 16,740 orang cedera.
Pihak berkuasa telah membantu 128,324 keluarga dan mendirikan 107 kem sementara yang menempatkan 20,231 orang, manakala 17,907 lagi masih belum mempunyai tempat tinggal tetap.
Rodriguez berkata gempa bumi itu turut merosakkan 856 bangunan, termasuk 190 yang runtuh.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), dua gempa bumi masing-masing berukuran 7.2 dan 7.5 pada skala Richter melanda negara Amerika Selatan itu pada 24 Jun.
-- BERNAMA-ANADOLU