awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban jambatan runtuh di Brazil meningkat kepada 12 orang

Bernama
Bernama
02/01/2025
07:15 MYT
Angka korban jambatan runtuh di Brazil meningkat kepada 12 orang
Lima lagi mangsa masih hilang sejak kejadian berlaku di Jambatan Juscelino Kubitschek de Oliveira, yang terletak di lebuh raya yang menghubungkan negeri Tocantins dan Maranhao. - Gambar/ Reuters
SAO PAULO: Angka korban akibat insiden jambatan runtuh di utara Brazil pada 22 Dis lepas, meningkat kepada 12 orang selepas dua lagi mayat ditemukan di Sungai Tocantins, menurut Tentera Laut Brazil pada Rabu, lapor Xinhua.
Lima lagi mangsa masih hilang sejak kejadian berlaku di Jambatan Juscelino Kubitschek de Oliveira, yang terletak di lebuh raya yang menghubungkan negeri Tocantins dan Maranhao.
Penyelam taktikal tentera laut dengan bantuan polis dan anggota bomba meneruskan usaha mencari mangsa, menurut kenyataan rasmi daripada agensi berita kerajaan, Agencia Brasil.
Sekurang-kurangnya 10 kenderaan, termasuk tiga trak yang membawa 25,000 liter racun perosak dan 76 tan asid sulfurik terjunam ke dalam sungai apabila jambatan itu runtuh.
Agensi Air Kebangsaan menyatakan ujian ke atas sampel air menunjukkan tiada bahan kimia yang tertumpah ke dalam sungai.
Direktorat Infrastruktur Pengangkutan Kebangsaan melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca tragedi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jambatan runtuh
#Brazil
#angka korban
#bilangan kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan