awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka korban susulan serangan India ke atas Pakistan meningkat kepada 8

Astro Awani
Astro Awani
07/05/2025
00:20 MYT
Angka korban susulan serangan India ke atas Pakistan meningkat kepada 8
Selain korban jiwa, beberapa masjid dan bangunan kediaman turut mengalami kerosakan teruk. - Foto AP
ISLAMABAD: Ketegangan antara India dan Pakistan semakin memuncak selepas serangan udara India mengorbankan lapan orang awam di beberapa lokasi di Pakistan.
Serangan yang berlaku pada awal pagi itu juga mencederakan lebih 30 individu, mencetuskan kecaman keras daripada pihak berkuasa Pakistan.
Menurut Inter-Services Public Relations (ISPR), serangan menyasarkan enam lokasi berbeza termasuk Ahmadpur East, Muzaffarabad, Kotli, Muridke, dan Sialkot.
Jurucakap ISPR, Leftenan Jeneral Ahmed Sharif Chaudhry, mengutuk tindakan India sebagai serangan tidak berprovokasi, menyatakan bahawa Pakistan akan memberikan tindak balas yang tegas terhadap pencerobohan ini.
Selain korban jiwa, beberapa masjid dan bangunan kediaman turut mengalami kerosakan teruk.
Di Muzaffarabad, Masjid Bilal menjadi sasaran, mengakibatkan kecederaan kepada seorang kanak-kanak.
Masjid Abbas di Kotli serta sebuah lagi masjid di Muridke turut terkena serangan, menyebabkan kematian seorang awam.
Kerajaan Pakistan telah mengerahkan pasukan kecemasan dan unit tentera ke kawasan yang terjejas untuk membantu mangsa dan menilai kerosakan.
Pada masa yang sama, laporan tidak rasmi menyebut bahawa Pakistan telah bertindak balas dengan menembak jatuh beberapa jet pejuang India, meningkatkan ketegangan di sempadan.
Serangan ini membangkitkan kebimbangan masyarakat antarabangsa, dengan beberapa negara menyeru agar kedua-dua pihak menahan diri bagi mengelakkan konflik berskala lebih besar.
Situasi di sempadan kini berada dalam keadaan berjaga-jaga, dengan tentera Pakistan dalam keadaan bersiap siaga menghadapi kemungkinan tindakan susulan dari India.
Topic Berkaitan
#serangan udara
#angka korban
#tindak balas
#kerosakan teruk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami