awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angkara dendam, tiga beranak dihumban ke sungai

Sinar Harian
Sinar Harian
25/10/2018
04:27 MYT
Angkara dendam, tiga beranak dihumban ke sungai
Perancang utama pembunuhan, Rio Suryaningrat (tiga kanan) dan rakan subahatnya berjaya dicekup polis. - Tribunnews
Angkara dendam, seorang lelaki tergamak membunuh satu keluarga dalam kejadian yang menggemparkan penduduk di daerah Deli Serdang, Sumatera Utara baru-baru ini.
Suspek didakwa menghumban kesemua mangsanya ke dalam sungai bagi menghilangkan bukti.
Lebih kejam, suspek yang dibantu tiga rakan subahat turut mengikat tangan, kaki dan mulut mangsa sebelum menghumban mereka ke dalam sungai ketika masih bernyawa.
Menurut polis, mangsa dikenali sebagai Muhajir, Suniati (isteri) dan Solihin (anak lelaki).
Pembunuhan kejam itu terbongkar selepas mayat tiga beranak terbabit dijumpai terapung di sungai Blumei berhampiran Tanjung Morawa, Isnin lalu.
Sebelum penemuan mayat berkenaan, polis telah dimaklumkan mengenai kehilangan mereka sejak 9 Oktober lalu.
Susulan itu, polis telah memberkas perancang utama pembunuhan, Rio Suryaningrat.
Siasatan mendapati motif pembunuhan adalah dendam.
"Suspek melakukan pembunuhan itu kerana tidak tahan diejek oleh isteri mangsa dengan gelaran 'gajah' kerana keadaan fizikalnya yang gempal.
"Dia meminta pertolongan tiga rakan bagi melupuskan mayat dan bahan bukti," kata Ketua Polis Sumut, Agus Andrianto.
Tambah Agus, kesemua tertuduh bakal dihadapkan ke muka pengadilan dan didakwa membunuh. - Tribunnews
Topic Berkaitan
#bunuh
#keluarga
#mangsa
#mayat
#polis
#rogol
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan