awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anjakan perubahan penting untuk kemajuan negara - PM Anwar

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
09/10/2024
15:36 MYT
Anjakan perubahan penting untuk kemajuan negara - PM Anwar
Anwar ketika berucap dalam Majlis Makan Malam bersama Delegasi Malaysia di Vientiane yang dihoskan Edi Irwan Mahmud. - Gambar Bernama
VIENTIANE: Malaysia kini bersedia menerima anjakan perubahan ke arah yang lebih cemerlang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ujarnya, reaksi positif itu dapat dilihat meliputi setiap tahap daripada peringkat pemimpin politik, penjawat awam dan pekerja swasta.
"Negara tidak mampu kekal di tahap yang lama, anjakan itu perlu.
"Orang berbicara tentang anjakan tetapi tidak ramai yang faham dan cuba melaksanakan anjakan itu.
"Jika tidak dilakukan perubahan yang lebih bermakna, lebih lancar, kita akan kembali kepada keadaan yang muram dan lembap dalam sudut ekonomi,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam bersama Delegasi Malaysia di Vientiane yang dihoskan Duta Besar Malaysia ke Laos, Edi Irwan Mahmud.
Hadir sama, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Dalam pada itu, Anwar berkata, kestabilan politik yang dimiliki negara ketika ini perlu digunakan sepenuhnya untuk terus menambah baik tatakelola yang ketika ini menjadi kunci utama kepada pembangunan negara dan mengangkat martabat rakyat.
“Kita gunakan itu perbaiki tatakelola kerana tidak ada negara dengan kekayaan sebesar mana pun yang mampu mengangkat martabat masyarakat bangsa dan negara tanpa satu pengurusan, amanah yang bertanggungjawab.
"Sebab tu kita mulakan dengan dasar tersebut, kemudian kita perkenalkan dasar yang jelas, perindustrian, digital, tenaga, semikonduktor supaya orang tahu dan ini memungkinkan kita, meyakinkan mereka (pelabur) bila dia datang, dia hendak lihat apakah ada tahap kecekapan yang diharapkan,” katanya.
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#pelaburan
#kunci utama
#reaksi positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan