Skip to main content

Dunia

Pertahanan Awam Arab Saudi bertindak susulan serpihan peluru berpandu jatuh di Mekah

Foto dikeluarkan pada 24 Okt lalu menunjukkan keadaan di Ar Rashidiyyah, berhampiran Mekah, susulan tindakan pemintasan peluru berpandu balistik. - Gambar fail/REUTERS/SPA
Foto dikeluarkan pada 24 Okt lalu menunjukkan keadaan di Ar Rashidiyyah, berhampiran Mekah, susulan tindakan pemintasan peluru berpandu balistik. - Gambar fail/REUTERS/SPA
Advertisement

RIYADH: Pertahanan Awam Arab Saudi pada Rabu mengambil tindakan selepas serpihan daripada dua peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh kumpulan Houthi ke arah wilayah Mekah jatuh di kawasan berkenaan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA) yang memetik Direktorat Am Pertahanan Awam.

Kedua-dua peluru berpandu itu dipintas dan dimusnahkan, dengan sebahagian serpihannya jatuh di Kampung Sabuhah.

Direktorat itu menegaskan bahawa serangan terhadap objek awam merupakan pelanggaran terang-terangan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, selain menekankan bahaya yang ditimbulkan oleh pendekatan bermusuhan kumpulan Houthi.

Advertisement

Menurut direktorat itu, pihak berkuasa berkaitan bertindak segera dengan melaksanakan prosedur yang ditetapkan serta mengambil langkah yang perlu bagi melindungi nyawa dan harta benda.

-- BERNAMA-SPA

Advertisement

 

 

Must Watch Video

Advertisement