ANKARA: Seekor anjing laut (walrus) yang dinamakan Freya, yang menjadi tarikan popular di kalangan pengunjung ke pantai Norway, dibunuh oleh pihak berkuasa pada Ahad atas faktor keselamatan.
"Keputusan untuk membunuh haiwan itu dibuat berdasarkan penilaian keseluruhan akan ancaman berterusan yang dibawanya terhadap keselamatan manusia," lapor Agensi Anadolu memetik Ketua Pengarah Perikanan Frank Bakke-Jensen dalam satu kenyataan.
"Kami telah mempertimbangkan semua penyelesaian yang mungkin dengan teliti. Kami merumuskan bahawa kami tidak dapat menjamin kebajikan haiwan itu melalui apa-apa cara yang ada," tambahnya.
Menyedari akan tindak balas yang mungkin timbul disebabkan keputusan itu, Bakke-Jensen berkata "nyawa dan keselamatan manusia mesti diutamakan."
Freya, yang dinamakan sempena nama dewi kecantikan dan cinta masyarakat Norse, sering dilihat di Oslo Fjord, dan pihak berkuasa telah beberapa kali memberi amaran kepada orang ramai untuk menjauhi anjing laut itu.
Bagaimanapun, menurut kenyataan Direktorat Perikanan sebelum ini, orang ramai tidak mematuhi amaran itu.
Freya mula dikenali selepas menaiki bot untuk berjemur dan kadangkala menenggelamkannya kerana berat badannya yang mencecah 600 kilogram. Dalam satu kejadian, polis terpaksa mengepung kawasan mandian selepas anjing laut itu mengejar seorang wanita ke dalam air.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 15 2022
Freya, yang dinamakan sempena nama dewi kecantikan dan cinta masyarakat Norse, sering dilihat di Oslo Fjord. - AP
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Anjing laut "Freya" di Norway terpaksa dibunuh atas faktor keselamatan
Seekor anjing laut (walrus) yang dinamakan Freya, yang menjadi tarikan popular di kalangan pengunjung ke pantai Norway, dibunuh oleh pihak berkuasa pada Ahad atas faktor keselamatan.
Bongkah ais gergasi bakal langgar Pulau Georgia Selatan?
Bongkah ais yang dikenali sebagai 'A68a' dengan saiz hampir sama dengan pulau selatan Atlantik telah mula membuat pergerakan lebih dua tahun lalu.