awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anjur kelas latihan seks, polis Thai tahan 10 warga Rusia

Agensi
Agensi
27/02/2018
04:03 MYT
Anjur kelas latihan seks, polis Thai tahan 10 warga Rusia
Menurut polis, antara mereka yang ditahan termasuk Alex Lesley, seorang individu yang mengaku dirinya sebagai 'guru seks'.
Polis Thailand pada Isnin telah menahan 10 warga Rusia kerana menjalankan kelas latihan seks untuk rakan senegara mereka di Pattaya.
Menurut polis, antara mereka yang ditahan termasuk Alex Lesley, seorang individu yang mengaku dirinya sebagai 'guru seks'.
Lesley, yang nama sebenarnya Alexander Kirillov, juga pernah menyatakan niat untuk bertanding jawatan presiden Rusia, untuk pilihan raya presiden negara itu bulan depan.
Bagaimanapun polis Thailand memaklumkan, dia tidak didaftarkan sebagai calon presiden oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Rusia.
Kesemua yang ditahan akan didakwa kerana bekerja di Thailand tanpa izin.
Bagaimanapun, kata polis, mereka tidak akan didakwa kerana menjalankan kursus tersebut.
Seorang dari mereka akan didakwa kerana tinggal melebihi tempoh, manakala tiga akan didakwa kerana memasuki negara itu secara haram.
Polis berkata, kumpulan tersebut telah menjalankan kursus untuk lebih daripada 40 lelaki dan wanita Rusia di sebuah hotel di Pattaya.
"Mereka terpaksa membayar lebih daripada 20,000 baht untuk kursus ini," kata ketua polis Pattaya Apichai Krobpet kepada Reuters.
"Kami dakwa semua 10 pengajar kerana bekerja tanpa izin.
"Mereka datang untuk mengajar seks kepada rakan senegara mereka ... namun kursus itu sendiri tidak menyalahi undang-undang," katanya lagi.
Pihak polis turut memberitahu, wakil kedutaan Rusia di Bangkok kini berada di Pattaya untuk membantu Lesley.
Topic Berkaitan
#Alex Lesley
#Alexander Kirillov
#guru seks
#kelas latihan seks
#Pattaya
#polis thailand
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan