awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar berduka dengan berita kemalangan kereta api di Odisha

Bernama
Bernama
04/06/2023
09:10 MYT
Anwar berduka dengan berita kemalangan kereta api di Odisha
Perlanggaran kereta api di negeri itu pada petang Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya 288 orang terbunuh dan lebih 1,000 cedera. - Gambar fail/ AP
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan rasa duka dengan insiden tragis yang membabitkan kemalangan kereta api di negeri Odisha, India.
Turut menyuarakan rasa sedih dengan insiden itu ialah isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Azizah dan saya amat berdukacita dengan berita berhubung kemalangan kereta api yang tragik di Odisha, India.
"Bagi pihak kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, dan mereka yang terjejas akibat kemalangan itu," katanya dalam catatan Twitter hari ini.
Anwar berkata dalam masa yang sukar ini, ingatan dan doa Malaysia adalah bersama India.
Menurut laporan berita, perlanggaran kereta api di negeri itu pada petang Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya 288 orang terbunuh dan lebih 1,000 cedera.
Perlanggaran dipercayai berpunca daripada masalah teknikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#kemalangan kereta api
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan