awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN

Bernama
Bernama
11/02/2025
11:15 MYT
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Anwar dalam sidang media bersama Erdogan di Putrajaya pada Selasa berkata, Malaysia menyokong penuh peluasan hubungan ASEAN dengan pemain global utama. - Bernama
PUTRAJAYA: Malaysia, selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai rakan dialog ASEAN.
Membuka ruang untuk penyertaan Turkiye, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan di Putrajaya pada Selasa berkata, Malaysia menyokong penuh peluasan hubungan ASEAN dengan pemain global utama.
"Turkiye juga wajar dipertimbangkan sebagai rakan dialog," kata Anwar, sambil menekankan bahawa ASEAN sudah menjalin hubungan dengan Kesatuan Eropah (EU), Kanada, New Zealand, Australia, China dan India antara lain sebagai rakan dialog.
Anwar berkata bahawa beliau berbincang dengan Kementerian Luar untuk membawa cadangan ini ke peringkat pemimpin ASEAN bagi pertimbangan lanjut.
ASEAN kini terdiri daripada 10 negara anggota iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Dalam kenyataan bersama sempena lawatan rasmi Erdogan ke Malaysia, Malaysia mengalu-alukan permohonan Turkiye untuk menjadi Rakan Dialog ASEAN serta penglibatannya dalam mekanisme pertahanan serantau.
Kenyataan itu turut mengesahkan sokongan Malaysia terhadap bidaan Turkiye dalam Program Pemerhatian Kumpulan Kerja Pakar (EWG) Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean (ADMM)-Plus bagi tempoh 2024-2027.
Selain itu, Malaysia turut menghargai sokongan Turkiye terhadap pemusatan ASEAN serta komitmennya untuk mengukuhkan hubungan dengan rantau ini, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Turkiye
#Rakan Dialog ASEAN
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan