awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Monsun Timur Laut: NRES fokus tingkat sistem amaran awal bencana
Krisya perkemas teknik nyanyian, sedia tampil karya baharu
Buka pusat khidmat bukan tanda tandingi kerusi Parlimen Padang Serai - Saifuddin Nasution
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar, isteri hadir makan malam gala Sidang Kemuncak SCO

Bernama
Bernama
31/08/2025
12:45 MYT
Anwar, isteri hadir makan malam gala Sidang Kemuncak SCO
Anwar bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disambut Presiden China Xi Jinping dan isteri Peng Liyuan. - Gambar Bernama
TIANJIN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis makan malam gala Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Pusat Konvensyen Tianjin Meijing di sini, malam Ahad.
Anwar bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disambut Presiden China Xi Jinping dan isteri Peng Liyuan.
Makan malam itu dianjurkan Xi selaku Pengerusi Sidang Kemuncak SCO yang akan berlangsung esok.
Perdana Menteri tiba di sini petang tadi sempena lawatan kerja empat hari di China termasuk lawatan ke Beijing.
Esok, Anwar yang juga Pengerusi ASEAN dijadual menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak SCO Plus, memfokuskan pada usaha memperdalam hubungan ASEAN-SCO.
Beliau turut dijangka mengetengahkan peranan Malaysia sebagai jambatan antara ASEAN dengan negara anggota SCO dalam meningkatkan kerjasama perdagangan, ekonomi dan bidang-bidang lain.
Sidang Kemuncak SCO tahun ini, terbesar sejak penganjuran pertamanya, diadakan di Tianjin yang merupakan bandar raya pelabuhan dan perindustrian terbesar di utara China.
SCO ditubuhkan di Shanghai pada 2001 oleh China, Rusia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan serta Uzbekistan dan kini, keanggotaannya turut merangkumi Pakistan, India, Iran dan Belarus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#SCO
#lawatan kerja
#kerjasama perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan