awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
98 peratus bantuan wang ihsan berjaya diproses dalam tempoh kurang 14 hari - KP NADMA
AKPS patah cubaan bawa masuk 50 tan daging babi sejuk beku
LHDN sasar selesai bayaran balik lebihan cukai syarikat Tahun Taksiran 2023 pada suku pertama 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar terima panggilan telefon daripada PM Qatar mengenai situasi terkini Gaza

Bernama
Bernama
12/02/2025
07:51 MYT
Anwar terima panggilan telefon daripada PM Qatar mengenai situasi terkini Gaza
Anwar berkata antara perkara yang dibincangkan dalam panggilan itu termasuklah mengenai situasi terkini di Gaza terkait pelanggaran syarat gencatan senjata yang sengaja dilakukan oleh rejim Zionis Israel.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatannya dari Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, mengenai situasi terkini di Gaza, lewat malam tadi.
Anwar dalam satu hantaran di Facebook berkata antara perkara yang dibincangkan dalam panggilan itu termasuklah mengenai situasi terkini di Gaza terkait pelanggaran syarat gencatan senjata yang sengaja dilakukan oleh rejim Zionis Israel untuk melengahkan proses perdamaian yang diusahakan pelbagai pihak termasuk kerajaan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.
"Saya juga menyanjung usaha gigih yang dilakukan oleh Tuan Yang Terutama Sheikh Mohammed dalam mencari jalan untuk menghentikan segera kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Gaza dan mencapai perdamaian yang berkekalan.
"Saya turut menegaskan komitmen berterusan Malaysia untuk tetap teguh mendukung setiap inisiatif termasuk memberi bantuan kemanusiaan di samping menamatkan penjajahan dan pendudukan Israel di bumi Gaza," kata beliau dalam hantaran tersebut.
Semalam, pada sidang media bersama Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, yang melakukan lawatan rasmi ke Malaysia, Anwar turut menegaskan bahawa Malaysia akan terus berusaha menyokong Palestin, tetapi memberi amaran terhadap gerakan diplomatik bersifat kosmetik yang gagal menangani punca sebenar konflik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Anwar Ibrahim
#Gaza
#Qatar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan