KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta semua negara yang terjejas akibat gempa bumi maut yang melanda wilayah Kahramanmaras di selatan Turkiye pada Isnin.
Anwar berkata pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) akan berlepas ke Turkiye malam ini untuk membantu pihak berkuasa tempatan dalam misi Mencari dan Menyelamat (SAR) di kawasan terjejas.
"Saya amat sedih dengan kehilangan besar nyawa, kecederaan dan kemusnahan besar-besaran berikutan gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang melanda selatan Turkiye. Gempa bumi besar itu juga menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan jumlah korban besar di negara-negara jiran.
"Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya ingin merakamkan rasa simpati dan takziah kepada mangsa dan keluarga serta semua negara yang terjejas akibat bencana itu. Semoga Allah Yang Maha Kuasa memberi kesembuhan kepada mangsa dan ketenangan yang cepat kepada yang berduka," menurut catatannya di Facebook hari ini.
Gempa bumi kuat berukuran 7.4 pada skala Richter dilapor melanda wilayah selatan Turkiye di Kahramanmaras jam 4.17 pagi Isnin dengan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye memaklumkan ia berpusat di daerah Pazarcik.
Menurut laporan media, gempa bumi yang melanda selatan Turkiye berhampiran bandar Gaziantep telah meragut 912 nyawa di Turkiye, manakala 476 lagi kematian direkodkan di Syria.
Menurut Kementerian Luar, setakat ini tiada laporan mengenai rakyat Malaysia terjejas dengan kejadian tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 06 2023

Anwar berkata pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) akan berlepas ke Turkiye malam ini untuk membantu pihak berkuasa tempatan. - Gambar fail

Ringgit akhiri aliran meningkat ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri peningkatannya selama empat hari berturut-turutnya dengan ditutup rendah hari ini berbanding dolar AS susulan aktiviti pengambilan untung sederhana selepas kenaikan baru-baru ini.

Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 dibuka
Permohonan bagi DKD Industri Muzik 2023 dengan RM10 juta diperuntukkan kepada penggiat industri muzik melalui pembiayaan dana sehingga RM300,000, dibuka mulai semalam (23 Mac).
![AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015468/19199450371679657366758_640x360.jpg)
AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei
Awani Borneo Ahad, 24 Mac bersama Irfan Faruqi. Masalah air Sepanggar : Jabatan Air Negeri Sabah perlu ambil tindakan segera Penganjuran konsert, Sarawak akan tetapkan garis panduan yang releven tetapi tidak melampaui batas. Sarawak buka STATO Brunei, Pusat setempat pelaburan dan perniagaan

Pengunjung Pasar Tanjung berbelanja dengan berjimat cermat
Tinjauan di Pasar Tanjung, Tawau mendapati pengunjung berpuas hati dengan barangan dijual selain harga yang berpatutan. Namun ramai yang mengambil pendekatan berjimat cermat dalam berbelanja.

Garis panduan mesti releven, Sarawak akan pantau ketat
Sarawak akan pantau rapat penganjuran acara dan konsert yang melibatkan artis luar negara. Garis panduan ditetapkan harus releven dan munasabah kerana perlu beri manfaat kepada industri pelancongan domestik

Muat 5,000 kereta, projek baharu ganti landasan kapal Roro
Projek kawasan meletak kenderaan baharu di Pelabuhan Senari dijangka siap Julai 2024 dengan kapasiti lima ribu kenderaan bagi menggantikan landasan kapal Roll-In Roll-Out (RORO) yang kini berlabuh di Pending.

Perlu tindakan segera jabatan air negeri Sabah
Jabatan Air Negeri Sabah perlu ambil tindakan drastik dalam menangani krisis air di kawasan Sepanggar selain menyegerakan pembinaan loji rawatan air baharu di Telibong.

Sambutan berlangsung selama tiga minggu bermula 28 Mei
Sambutan Hari Sarawak akan diadakan selama tiga minggu berturut-turut bermula 28 Mei hingga 22 Julai.

Pusat setempat pelaburan, perniagaan dan pelancongan Sarawak
Sarawak tandatangan perjanjian sewaan pembukaan Perjabat Perdagangan & Pelancongan Sarawak (STATO) Brunei. Sekaligus menjadi 'one stop centre' untuk sebarang kerjasama.

Berbelanja di bazar Ramadan berpada-pada, elak pembaziran
Bazar Ramadan di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu meriah dengan pelbagai jualan. Pengunjung teruja dengan juadah ditawarkan, namun ambil langkah berjimat cermat dalam membeli.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa bumi kuat landa Miyako, Jepun
Gempa bumi bermagnitud 5.6 melanda 118 kilometer (km) NE Miyako, Jepun pada 07:37:01 GMT, Rabu, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Gempa bumi: Tiga terbunuh termasuk kanak-kanak di Pakistan, Afghanistan
Gempa bumi kuat melanda Pakistan dan Afghanistan sehingga mengorbankan tiga nyawa.

Malaysia sumbang sebahagian aset hospital medan kepada kerajaan Turkiye
Malaysia akan menyumbangkan sebahagian daripada aset-aset Hospital Medan Malaysia (HMM) kepada Kerajaan Turkiye bagi membantu pemulihan perkhidmatan kesihatan di negara itu.

Gempa bumi: Menteri Turkiye hargai sokongan Malaysia
Menteri pertahanan Turkiye memuji sokongan Malaysia terhadap negara itu yang dilanda dua gempa bumi dahsyat yang menggegarkan tenggara negara itu bulan lepas.

Angka korban gempa bumi di Turkiye meningkat kepada 50,096
Lebih 13.5 juta orang di Turkiye terjejas akibat gempa bumi dahsyat yang terjadi pada 6 Februari lalu.

Sekurang-kurangnya 12 maut gempa bumi kuat landa Ecuador
Gempa bumi itu berlaku berhampiran bandar selatan Balao pada kira-kira pukul 12.12 tengah hari waktu tempatan.

Gempa bumi kuat landa Kermadec Islands, New Zealand
Gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter mengegarkan Kermadec Islands New Zealand pada 8.56 pagi.

Gempa bumi Turkiye: Angka korban meningkat kepada 48,448
Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye bulan lepas meningkat kepada 48,448 orang, lapor Agensi Anadolu pada Isnin.

Jepun jamin pelepasan air terawat dari Fukushima Daiichi selamat
Jepun memberi jaminan pelepasan air terawat dari loji janakuasa nuklear yang telah musnah, Fukushima Daiichi, pada tahun ini adalah selamat dan dijamin tidak akan memberi kesan kepada Malaysia.