awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple pecat 100 pekerja dalam jabatan perkhidmatan digital, jejas beberapa aplikasi

Agensi
Agensi
29/08/2024
02:30 MYT
Apple pecat 100 pekerja dalam jabatan perkhidmatan digital, jejas beberapa aplikasi
Apple Inc bertindak memberhentikan kira-kira 100 pekerja dalam jabatan perkhidmatan digital mereka sekali gus memberi kesan kepada pasukan yang bertanggungjawab ke atas aplikasi Apple Books dan Apple Bookstore. - Gambar fail Reuters
CALIFORNIA: Apple Inc bertindak memberhentikan kira-kira 100 pekerja dalam jabatan perkhidmatan digital mereka.
Pemecatan terbesar kakitangan itu sekali gus memberi kesan kepada pasukan yang bertanggungjawab ke atas aplikasi Apple Books dan Apple Bookstore.
Laporan Bloomberg menyebut, pemecatan ini turut melibatkan beberapa peranan kejuruteraan dan pasukan perkhidmatan lain, termasuk yang mengendalikan Apple News.
Laporan tahunan terkini Apple Inc mendedahkan bahawa sehingga September 2023, syarikat itu mempunyai kira-kira 161,000 pekerja sepenuh masa.
Bagaimanapun, jumlah sebenar pekerja Apple dalam bahagian perkhidmatan tidak diketahui dengan jelas. Apple sedang mengatur semula pasukannya dengan memberi fokus baru, termasuk kepada teknologi kecerdasan buatan (AI).
Sebelum ini, syarikat teknologi gergasi itu telah menangguhkan kerja pada set kepala berteknologi tinggi, Apple Vision, dan menghentikan projek pembangunan paparan jam tangan pintar, Apple Watch, awal tahun ini.
Apple juga berdepan cabaran di China iaitu pasaran ketiga terbesar mereka, di mana jualannya menurun 6.5 peratus pada suku kedua tahun ini. - Agensi
Topic Berkaitan
#Apple
#Apple pecat pekerja
#Apple Books
#Apple Bookstore
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan