awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN, JPN jamin proses MyPR, kewarganegaraan berlandaskan undang-undang
Angka korban tanah runtuh Bandung Barat meningkat kepada 16 orang
Lebih 4,000 wanita di Melaka jalani saringan ujian HPV DNA - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi desak komuniti antarabangsa hentikan 'jenayah Israel' di Gaza

Astro Awani
Astro Awani
25/08/2025
23:30 MYT
Arab Saudi desak komuniti antarabangsa hentikan 'jenayah Israel' di Gaza
Putera Faisal bin Farhan Al-Saud, berucap dalam mesyuarat tergempar menteri-menteri luar OIC yang membincangkan pencerobohan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin. - Foto REUTERS
JEDDAH: Kerajaan Arab Saudi menggesa komuniti antarabangsa agar segera mengambil tindakan tegas untuk menghentikan apa yang disifatkan sebagai “jenayah berterusan” oleh Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Ringkasan AI
  • Arab Saudi kecam keras serangan Israel ke Gaza, khususnya terhadap Hospital Nasser, dan gesa komuniti antarabangsa bertindak segera hentikan "jenayah berterusan" terhadap rakyat Palestin.
  • Putera Faisal bin Farhan tegaskan sokongan penuh kepada penyelesaian dua negara, hak Palestin untuk merdeka, serta penolakan terhadap peluasan penempatan haram Israel.
  • Riyadh sokong gencatan senjata dan tindakan undang-undang antarabangsa, termasuk waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel yang didakwa melakukan jenayah perang.

Seruan itu disampaikan oleh Menteri Luar Negeri, Putera Faisal bin Farhan, dalam mesyuarat tergempar menteri-menteri luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Jeddah baru-baru ini.
Putera Faisal menegaskan bahawa serangan Israel bukan sahaja melanggar undang-undang antarabangsa, malah mengancam keselamatan dan kestabilan serantau.
Beliau turut menolak peluasan penempatan haram Israel di wilayah Palestin yang diduduki, sambil menyatakan sokongan penuh Arab Saudi terhadap penyelesaian dua negara dan hak rakyat Palestin untuk menubuhkan negara merdeka mereka sendiri.
“Adalah perlu untuk menyampaikan segala bentuk bantuan dan sokongan kepada rakyat Gaza,” kata Putera Faisal.
Beliau menyifatkan tindakan Israel sebagai ancaman terbesar kepada keamanan serantau dan menyeru agar semua negara bertindak segera menghentikan pelanggaran tersebut.
#Statement | The Foreign Ministry expresses the Kingdom of Saudi Arabia's condemnation of Israeli occupation forces' targeting of medical, relief, and media personnel at the Nasser Medical Complex in Khan Younis, in the southern Gaza Strip. pic.twitter.com/oXgFP4Ta52
— Foreign Ministry (@KSAmofaEN) August 25, 2025
Arab Saudi turut menyokong usaha diplomatik untuk mencapai gencatan senjata dan membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan tanpa halangan.
Menurut laporan terkini, lebih 62,000 rakyat Palestin telah terbunuh sejak serangan Israel ke atas Gaza bermula pada Oktober 2023.
Serangan itu telah memusnahkan infrastruktur asas, termasuk hospital, sekolah dan pusat bantuan, serta menyebabkan kebuluran meluas di wilayah yang dikepung.
Arab Saudi menyokong tindakan undang-undang terhadap pemimpin Israel yang didakwa melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dilaporkan telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#Israel
#Arab Saudi
#jenayah israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami