KUALA LUMPUR: Arab Saudi menggesa masyarakat antarabangsa untuk bertindak dengan lebih berkesan bagi memastikan tentera Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pencerobohan dan kekerasan yang dilakukan di Masjid Al-Aqsa.
Wakil Tetap Arab Saudi ke Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Dr Saleh Hamad Al-Suhaibani berkata tindakan provokasi itu satu ancaman yang boleh mencetuskan konflik di rantau itu.
Tegasnya, rakyat Palestin kian menderita akibat serangan itu dan hak mereka untuk menikmati kehidupan yang selamat, aman dan damai masih terus dinafikan.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaannya pada sesi mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif OIC peringkat Perwakilan Tetap untuk membincangkan pencerobohan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa, di Sekretariat Agung OIC pada Isnin.
Mesyuarat itu dipengerusikan Arab Saudi selaku pengerusi Sidang Kemuncak Islam ke-14.
"Arab Saudi turut mengulangi sokongan berterusannya terhadap perjuangan rakyat Palestin dan perlunya untuk menyatukan dan mempergiat usaha di peringkat antarabangsa bagi menamatkan konflik yang berlarutan ini untuk kestabilan serantau," kata Al -Suhaibani.
Pada 15 April, sekurang-kurangnya 153 rakyat Palestin cedera ketika bertempur dengan tentera Israel yang menyerbu perkarangan Masjid Al-Aqsa selepas solat subuh.
Insiden itu mendapat tentangan penduduk Palestin yang turut menyeru negara-negara Islam mempertahankan kesucian masjid itu.
Al-Suhaibani berkata Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud semasa menjadi presiden Sidang Kemuncak Arab ke-29 di Dhahran, beliau berkata "isu Palestin adalah menjadi keutamaan kita dan rakyatnya sentiasa di hati masyarakat Arab dan penganut agama Islam."
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 27 2022

Tindakan provokasi Israel itu satu ancaman yang boleh mencetuskan konflik di rantau itu. - Gambar/ AP

Yasin mula terima rawatan bipolar di HSB, sebutan kes pada 22 Jun - Peguam
Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim dan Maryam Jamilah Ab Manaff memohon tarikh sebutan kes untuk penyerahan laporan kimia berhubung kes berkenaan.

DUN Sarawak: Tiga RUU dibentangkan termasuk perbekalan tambahan 2022
Tiga Rang Undang-Undang (RUU) dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Mesyurat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Rabu.

Permit Import (AP) makanan dimansuhkan - Perdana Menteri
Pemansuhan itu berkuatkuasa serta-merta dan ia kini terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport makanan dari luar negara.

AWANI Ringkas: HSR Bangkok-Kuala Lumpur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pegawai kanan Kerajaan Sabah dan pesara ditahan terima rasuah RM700,000
Perbuatan mereka dikatakan sebagai balasan untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah (MOF).

Misi Carilamat | 70 nelayan tempatan bantu operasi
Lebih 70 komuniti nelayan tempatan turut membantu dalam operasi mencari dan penyelamat seorang nelayan yang dipercayai terjatuh kedalam laut sejak tiga hari lalu. Pengarah Maritim Terengganu,Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata selain itu sebuah pesawat juga turut digerakkan bagi mengesan mangsa yang berusia 74 tahun.

Mahkamah | Guru wanita hadapi dua pertuduhan rasuah
Di Pulau Pinang, seorang guru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Butterworth, atas dua pertuduhan rasuah membabitkan pembelian peralatan sukan lima tahun lalu. Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah dan minta dibicarakan.

Rasuah | Warga Bangladesh dipenjara sehari, denda RM10,000
Pemilik premis perniagaan warganegara Bangladesh dijatuhkan hukuman satu hari penjara serta didenda RM10,000 setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pada Rabu kerana memberi rasuah RM250 kepada seorang ejen kerajaan, Januari lalu.

Kes Mahkamah | Didenda RM3,000 kerana palsukan maklumat kelahiran
Seorang lelaki didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh selepas mengaku bersalah membenarkan maklumat palsu mengenai daftar kelahiran seorang bayi perempuan dua tahun lalu. Muhammad Ridzuan Chan Abdullah, 49 tahun, membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Integriti halal: Pekemas gesa gantung lesen SICHMA, siasat pegawai Jakim
PEKEMAS gesa penggantungan serta merta SICHMA susulan pendedahan isu pelanggaran protokol halal di rumah penyembelihan di Australia.

Malaysia mohon 5,000 tambahan kuota haji - Idris
Malaysia memohon sebanyak 5,000 tambahan kuota jemaah haji daripada Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Saudi Aramco atasi Apple sebagai firma paling bernilai di dunia
Sejak awal tahun ini, Apple menyaksikan penurunan harga sahamnya kira-kira 20 peratus, manakala saham Aramco melonjak hampir 28 peratus.

TH Johor gerakkan pasukan cari baki 20 peratus penerima tawaran panggilan haji
Tabung Haji (TH) Johor akan menggerakkan dua pasukan bagi mencari baki 20 peratus penerima terpilih tawaran panggilan haji tahun ini.

Haji: Penerbangan pertama 31 Mei
Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Mekah dijadualkan pada 31 Mei ini.

Musim umrah jemaah luar negara tamat 30 Syawal - Arab Saudi
Arab Saudi baru-baru ini mengumumkan musim umrah 1443 H bagi jemaah luar negara akan tamat pada 30 Syawal ini.

Fatma teruskan budaya Arab agih manisan kepada jemaah masjid
Fatma berkata, mengamalkan budaya itu dapat membuatkan dia berasa seperti berada di rumah.

Tradisi Aidilfitri di seluruh dunia
Hari pertama Aidilfitri biasanya dimulakan dengan solat sunat dan jamuan besar keluarga, tetapi lain tempat, lain tradisi sambutannya.

Kebanyakan negara Arab termasuk Arab Saudi sambut Aidilfitri Isnin
Dalam satu kenyataan, Istana Diraja Saudi berkata anak bulan Syawal, bulan ke-10 dalam kalendar Islam, tidak kelihatan pada Sabtu (30 April).

Bantuan haji bukti dinamika Tabung Haji - Idris Ahmad
Ia sebenarnya mencerminkan dinamik TH sebagai sebuah badan yang menguruskan simpanan dan urusan haji pendeposit.

Arab Saudi gesa masyarakat antarabangsa kecam serangan Israel ke atas Al-Aqsa
Tindakan provokasi itu satu ancaman yang boleh mencetuskan konflik di rantau itu.