awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi kuat kuasa permit masuk ke Makkah bermula 23 April untuk musim haji

Bernama
Bernama
19/04/2025
08:24 MYT
Arab Saudi kuat kuasa permit masuk ke Makkah bermula 23 April untuk musim haji
Pihak berkuasa menegaskan bahawa aturan dan prosedur Haji bagi tahun 1446 Hijrah akan dikuatkuasakan dengan ketat. - Astro AWANI
RIYADH: Direktorat Am Keselamatan Awam Arab Saudi mengumumkan pelaksanaan urusan dan prosedur haji akan dikuat kuasa pada Rabu (23 April), mewajibkan semua yang ingin memasuki Makkah untuk mendapatkan permit masuk yang sah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Mana-mana individu yang tidak mempunyai permit tidak akan dibenarkan melepasi sekatan keselamatan menuju ke kota suci itu.
Pihak berkuasa menegaskan bahawa aturan dan prosedur Haji bagi tahun 1446 Hijrah akan dikuatkuasakan dengan ketat.
Kenderaan dan penduduk yang tidak memiliki permit kerja di kawasan suci, kad pengenalan penduduk Makkah, atau permit Haji rasmi dari negara asal akan diarahkan berpatah balik.
Menurut Direktorat Keselamatan Awam, permit masuk ke Makkah bagi mereka yang bekerja semasa musim Haji akan dikeluarkan secara elektronik melalui platform "Absher Individuals" dan "Portal Muqeem", menerusi integrasi dengan platform digital bersepadu bagi pengeluaran permit Haji.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Permit Masuk
#Arab Saudi
#undang-undang
#musim haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan