Skip to main content

Malaysia

Polis masih tunggu laporan bedah siasat kes dua beradik rentung

Polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dua beradik yang rentung dalam kebakaran di Kampung Teloi Tua. -Foto Sinar Harian
Polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dua beradik yang rentung dalam kebakaran di Kampung Teloi Tua. -Foto Sinar Harian

Ringkasan AI

  • Polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi menentukan punca kematian dua beradik yang rentung dalam kebakaran di Kampung Teloi Tua.
  • Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut sementara menunggu laporan penuh, dan tiada tangkapan dibuat setakat ini.
  • Kedua-dua mangsa, berusia 16 bulan dan tiga tahun, ditemukan rentung di pejabat pengurusan bersebelahan pusat penyimpanan LPG.
Advertisement

SIK: Polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dua beradik yang rentung dalam kebakaran di Kampung Teloi Tua di sini.

Ketua Polis Daerah Sik, Superintenden Shamzury Saman berkata proses bedah siasat masih dijalankan dan laporan berkenaan belum diperoleh setakat ini.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan penuh selain tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Advertisement

"Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes masih disiasat sebagai laporan mati mengejut," katanya.

Dalam kejadian pada Sabtu, dua mangsa dikenal pasti sebagai Aishah Umairah Abdul Latif, 16 bulan, dan abangnya, Mohd Raifal Abdul Latif, tiga tahun.

Advertisement

Kedua-duanya ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah pejabat pengurusan bersebelahan pusat penyimpanan gas petroleum cecair (LPG) di Kampung Teloi Tua.

Shamzury berkata hasil siasatan mendapati kedua-dua mangsa tinggal bersama ibu mereka yang berusia 23 tahun dan tidak bekerja serta menumpang sementara di kediaman datuk mereka berhampiran lokasi kejadian. -Sinar Harian

Must Watch Video

Advertisement