awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi laksanakan hukuman pancung terhadap 47 tahanan termasuk ulama Syiah

Agensi
Agensi
02/01/2016
14:22 MYT
Arab Saudi laksanakan hukuman pancung terhadap 47 tahanan termasuk ulama Syiah
Gambar fail memaparkan seorang pemuda memegang poster gambar pemimpin Syiah, Nimr Al-Nimr sejurus dijatuhi hukuman mati pada 2014. - Foto AFP
Ulama terkenal Syiah, Sheikh Nimr Al-Nimr dilaporkan antara 47 tahanan yang dipancung sehingga mati di Arab Saudi pada Sabtu.
Mereka menerima hukuman itu selepas disabitkan dengan kesalahan berkaitan keganasan.
Antara lain, Al-Nimr adalah tokonh penting yang terlibat dalam protes Syiah yang meletus pada 2012 sebagai sebahagian siri kebangkitan Arab atau ‘Arab Spring’.
Hukuman pancung ke atasnya dijangka mengundang siri protes baru dalam kalangan pengikut minoriti syiah di Arab Saudi.
Al-Nimr dikatakan pengkritik paling lantang terhadap pentadbiran monarki Bahrain, yang bertindak keras ke atas penganut Syiah pasca ‘Arab Spring’ pada 2011.
Arab Saudi pada masa itu turut menghantar tentera bagi membantu Bahrain melumpuhkan kebangkitan dan pengaruh Syiah atas alasan bimbang ia akan merebak.
Sepanjang 2015, sekurang-kurangnya 157 hukuman pancung dilaksanakan di Arab Saudi.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#arab spring
#Nimr al-Nimr
#pancung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan