Skip to main content
Advertisement

Dunia

Arab Saudi lancar pakej elektronik bersepadu untuk jemaah haji luar negara

51748040717_tbjemaahhajiMalays.jpg
Arab Saudi memperkenalkan pakej elektronik bersepadu bagi jemaah haji luar negara untuk musim Haji 1448H yang menghimpunkan perkhidmatan utama menerusi satu kontrak digital. - Gambar fail
Advertisement

MAKKAH: Arab Saudi memperkenalkan pakej elektronik bersepadu bagi jemaah haji luar negara untuk musim Haji 1448H yang menghimpunkan perkhidmatan utama menerusi satu kontrak digital.

Pakej itu merangkumi empat perkhidmatan utama iaitu perkhidmatan di tanah suci, kemudahan penginapan di Makkah dan Madinah, pengangkutan serta penyediaan makanan, selain perkhidmatan tambahan yang boleh dipilih, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Inisiatif itu membolehkan pejabat dan agensi hal ehwal haji luar negara merangka program yang bersesuaian dengan pelbagai kumpulan jemaah menerusi kerangka kontrak yang lebih jelas dan fleksibel.

Kementerian berkata pelancaran itu merupakan sebahagian daripada persediaan awal bagi musim Haji 1448H, selaras dengan matlamat Wawasan Saudi 2030 serta Program Pengalaman Jemaah.

-- BERNAMA-SPA

 

Must Watch Video

Advertisement