Pihak berkuasa Arab Saudi melarang jemaah berhimpun atau solat di kawasan dataran masjidil haram di Makkah dan Madinah dalam usaha membendung penyebaran novel koronavirus (COVID-19), lapor agensi berita Anadolu.
“Ketua dan pihak berkuasa keselamatan dan kesihatan memutuskan untuk tidak membenarkan jemaah berada di dataran di luar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, bermula Jumaat," agensi berita rasmi Arab Saudi, SPA memetik kenyataan Hani bin Haider, jurucakap Ketua Pengarah Alharamain di Madinah.
Sebelum ini, Arab Saudi menggantung semua solat jemaah di masjid-masjid lain di negara itu kecuali di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Setakat ini, negara itu melaporkan sebanyak 274 kes yang disahkan positif COVID-19.
Novel koronavirus, atau nama rasminya COVID-19, muncul di Wuhan, China pada Disember lalu dan sudah merebak ke sekurang-kurangnya 160 negara dan wilayah.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan ia sudah menjadi wabak melata pandemik.
Sejumlah 242,721 kes direkodkan di seluruh dunia manakala angka korban sudah melebihi 9,860 dengan lebih 85,600 pesakit sembuh, menurut data yang dikumpulkan Universiti John Hospkin di Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 20 2020

Keadaan di dalam Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi, 7 Mac, 2020. (Foto AP/Fail)

PM Anwar ke Tuaran, sesi taklimat pembangunan negeri dan buka puasa
Lawatan kerja Anwar ke Sabah akan dimulakan dengan sesi taklimat pembangunan negeri yang berlangsung di Pejabat Daerah Tuaran.

Palsu dokumen UMS: Peter Anthony fail semakan keputusan Mahkamah Rayuan
Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 ke atasnya atas

Realisasikan cadangan letak pasukan pengaman PBB di Gaza - Tun M
Tragedi yang berlaku di Gaza telah meletakkan isu kemanusiaan pada titik paling rendah, selain tiada usaha untuk menghentikannya.

Bazar perayaan lain di KL akan guna konsep pengurusan Bazar Ramadan dan Aidilfitri
Mesyuarat Majlis Menteri Wilayah pada Jumaat bersetuju untuk memperluaskan konsep pengurusan Bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada bazar perayaan lain di Kuala Lumpur.

Jualan sektor automotif dijangka merosot pada 2025
Sektor automotif Malaysia dijangka mengalami jualan yang lebih rendah pada 2025.

ASEAN termasuk Malaysia dapat manfaat daripada kepelbagaian rantaian bekalan China - Moody's
Negara anggota ASEAN khususnya Vietnam, Malaysia dan India telah mendapat manfaat daripada kepelbagaian rantaian bekalan China terutamanya dalam tekstil dan elektronik, kata Moody's Ratings.

UNRWA: Bekalan tepung untuk edaran di Gaza hanya bertahan sekitar enam hari
UNRWA memaklumkan bahawa bekalan tepung untuk diedarkan di Gaza hanya mampu bertahan sekitar "enam hari" kerana tiada bantuan baharu masuk sejak 19 hari lepas.

Tahun 2024 catat jumlah kematian tertinggi migran - Agensi Migrasi PBB
Sekurang-kurangnya 8,938 orang kehilangan nyawa di laluan migrasi sepanjang 2024, menjadikannya tahun paling banyak kematian dalam rekod.

Tolak suara sumbang pecah belah masyarakat majmuk - Nga
Rakyat Malaysia harus menolak suara-suara sumbang yang cuba memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

RUU Kredit Pengguna 2025 dijangka diwartakan menjelang akhir tahun ini
Rang Undang-undang (RUU) Kredit Pengguna 2025 dijangka diwartakan menjelang akhir tahun ini.

OCI TerraSus sediakan polisilikon untuk pelaburan RM1.17 bilion OCI Holdings di AS
OCI TerraSus, yang berpangkalan di Sarawak, akan menyediakan polisilikon gred solar, yang dihasilkan melalui kuasa hidro boleh diperbaharui di Taman Industri Samalaju, Bintulu, Sarawak.

Alvin Tan peroleh suaka dari AS
Alvin berkata, kelulusan itu diperoleh selepas beberapa bulan berada dalam tahanan imigresen di negara berkenaan.

Amerika Syarikat perlu dihadap ke ICJ - Tun M
Katanya, rejim Zionis tidak akan mampu melakukan serangan kejam terhadap penduduk Gaza seperti yang berlaku sekarang tanpa bantuan Washington.

Harga emas global naik ke paras tertinggi baharu, kukuhkan niaga hadapan emas
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih kukuh pada Khamis, menjejaki pasaran emas global apabila harga melonjak ke paras tertinggi baharu sepanjang masa pada US$3,052 seauns.

AS kini pasaran eksport terbesar Malaysia atasi China- Tengku Zafrul
Amerika Syarikat (AS) kini merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia mengatasi China dari segi kuantiti eksport, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Ringgit tinggi berbanding dolar AS selepas FOMC cenderung turunkan kadar faedah
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4200/4305 berbanding dolar AS daripada 4.4330/4400 ketika ditutup semalam.

Pentagon akan kurangkan hingga 60,000 kakitangan awam
Tiga cara akan dilaksana Pentagon iaitu letak jawatan secara sukarela, pecat pekerja dalam tempoh percubaan dan hapuskan jawatan dengan tidak menggantikan pekerja yang berhenti secara rutin.

Bursa Malaysia dibuka rendah, jejak prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal Rabu, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah dan sentimen pasaran berhati-hati.

Muhammad Rafiq muncul naib juara di Nevada
Jaguh boling negara, Muhammad Rafiq Ismail hampir melakar sejarah menjadi wakil negara pertama memenangi Jelajah Professional Bowlers Association (PBA) di Amerika Syarikat pada Ahad lepas.

AS lancar serangan udara ke atas kapal Galaxy Leader yang dirampas Houthi
Pesawat perang Amerika Syarikat (AS) melancarkan dua serangan udara ke atas "pos perintah" Galaxy Leader, sebuah kapal yang dirampas kumpulan Houthi Yemen di Laut Merah pada November 2023.