MAKKAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan pengeluaran lebih 4 juta visa umrah kepada semua jemaah dari seluruh dunia dalam tempoh lima bulan, sejak awal musim umrah bagi tahun 1444 Hijrah.
Kementerian itu dengan kerjasama beberapa sektor lain melaksanakan pengeluaran visa berkenaan demi memudahkan ketibaan jemaah melalui imbasan biometrik e-Visa menerusi laman sesawang Kementerian Haji dan Umrah serta platform "NUSUK" dengan penyediaan perkhidmatan berkualiti tinggi bagi melaksanakan ibadah dengan mudah dan tenang.
Disamping itu, ia dijangka dapat menambahkan lagi pengalaman mereka daripadsa sudut budaya dan agama bagi merealisasikan matlamat program Wawasan Saudi 2030, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Untuk maklumat lanjut berhubung kaedah mendapatkan visa umrah, jemaah Umrah dan pelawat dari luar negara boleh melayari pautan www.haj.gov.sa/ar/InternalPages/Umrah, manakala untuk membeli pakej perkhidmatan dan membuat pembayaran dalam talian menerusi pautan nusuk.sa serta platform "Maqam" maqam.gds.haj.gov.sa.
Orang Islam yang mendapat semua jenis visa (peribadi, lawatan dan pelancongan) termasuk jenis lain yang membenarkan kemasukan ke Arab Saudi, boleh melakukan ibadah Umrah, melawat, menunaikan solat di Raudhah selepas membuat tempahan slot mereka melalui aplikasi "NUSUK".
Arab Saudi turut melanjutkan tempoh visa Umrah daripada 30 hari kepada 90 hari bagi kemasukan ke negara itu melalui jalan darat dan udara.
Aplikasi "NUSUK" turut memudahkan tempahan slot untuk jemaah mengerjakan Umrah dan melawat Masjid Nabawi selepas mereka memperoleh visa menerusi sistem elektronik.
Kementerian juga menyediakan maklumat mengenai senarai ejen sah melalui pautan eservices.haj.gov.sa/eservices3/pages/VisaInquiry/SearchVisa.xhtml?dswid=-4283
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan pengeluaran lebih 4 juta visa umrah kepada semua jemaah dari seluruh dunia dalam tempoh lima bulan, sejak awal musim umrah bagi tahun 1444 Hijrah. - Gambar fail
China, Mesir setuju promosi keamanan timur tengah
Beijing bersetuju dengan kerajaan Mesir untuk mempromosikan keamanan serta rundingan bagi mencapai kestabilan di timur tengah.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing.
Usul baharu pecat Presiden Suk Yeol dibawa ke di Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Polis India menyiasat ancaman bom terhadap Bank rizab India (RBI)
Menurut Pegawai Kanan Polis Mumbai, Sanjay Malhotra pada Jumaat, amaran itu dihantar ke alamat e-mel rasmi Gabenor RBI yang baru dilantik.
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Arab Saudi hadkan hanya sekali tunai umrah semasa Ramadan
Peraturan itu bertujuan mengurangkan kesesakan untuk menunaikan ibadah sepanjang Ramadan yang menandakan musim puncak umrah.
Lebih 4.8 juta umat Islam tunai umrah setakat ini - Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi
Lebih 4.8 juta umat Islam telah menunaikan umrah di Makkah, Arab Saudi sejak musim umrah bermula pada 1 Muharram 1444 Hijrah bersamaan 30 Julai 2022.
Arab Saudi umum pengeluaran lebih 4 juta visa umrah bagi 1444 Hijrah
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan pengeluaran lebih 4 juta visa umrah kepada semua jemaah dari seluruh dunia dalam tempoh lima bulan, sejak awal musim umrah bagi tahun 1444 Hijrah.
Jemaah Malaysia kini wajib guna imbasan biometrik untuk E-Visa umrah
Jemaah Malaysia kini antara yang diwajib menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan visa umrah elektronik (E-Visa).
Kementerian Haji Arab Saudi mula proses permohonan haji musim ini
Sebanyak 558,000 permohonan telah diterima di bawah fasa pertama, 51 peratus daripadanya terdiri pemohon lelaki selebihnya wanita.
Arab Saudi rancang benarkan ibadah haji
Tahun lalu, ibadah haji dibenarkan dengan jumlah jemaah yang terhad sebagai sebahagian langkah berjaga-jaga terhadap penularan COVID-19.
Jemaah haji jangan nak swafoto sangat ...
Tumpu ibadah, jangan sibuk berswafoto. Itu antara matlamat kerajaan Arab Saudi melarang jemaah haji mengambil gambar di dalam masjid ketika menunaikan rukun Islam yang kelima.