awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran Donald Trump: AS akan campur tangan jika Iran bunuh penunjuk perasaan
AkhiRI: Set pengurusan jenazah Yayasan Rizalman Ibrahim galak kesedaran persediaan akhir hayat
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi umum visa umrah percuma kepada pemegang kad Hayya Piala Dunia 2022

Bernama
Bernama
15/10/2022
08:59 MYT
Arab Saudi umum visa umrah percuma kepada pemegang kad Hayya Piala Dunia 2022
Pemegang kad "Hayya" yang ingin menunaikan umrah dan ziarah perlu mendapatkan insurans kesihatan dari portal visa kementerian. - Gambar fail
ARAB SAUDI mengumumkan pemberian visa percuma bagi pemegang kad "Hayya" Piala Dunia 2022 yang beragama Islam untuk menunaikan umrah dan melakukan ziarah ke Madinah.
Perkara ini diumumkan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Visa, Kementerian Luar Arab Saudi Khaled Al-Shammari dalam satu temu bual bersama stesen TV Arab "al-Ekhbariya" pada Jumaat.
Beliau berkata pemegang kad "Hayya" yang ingin menunaikan umrah dan ziarah perlu mendapatkan insurans kesihatan dari portal visa kementerian.
"Visa umrah dan ziarah ini sah bagi tempoh 11 November hingga 18 Disember 2022.
"Selain itu, pemegang visa juga tidak disyaratkan untuk memasuki Qatar terlebih dahulu di samping pemegang kad "Hayya" juga diberikan tempoh melawat Arab Saudi selama dua bulan sehingga 11 Januari 2023," katanya.
Kementerian Luar Arab Saudi pada 24 Ogos lalu membenarkan pemegang kad "Hayya" untuk melawat negara teluk itu selama 60 hari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#visa umrah
#kad hayya
#Piala Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan