Skip to main content

Dunia

AS arah 31 kapal patah balik sejak sekatan tentera laut di pelabuhan Iran - CENTCOM

Guided-missile destroyer USS Michael Murphy (DDG 112) patrols the Arabian Sea, April 17, as U.S. forces enforce the naval blockade on ships attempting to enter or exit Iranian ports. Since commencement of the blockade, 21 ships have complied with direction from U.S. forces to turn around and return to Iran.
Sekatan itu dilancarkan pada 13 April berikutan beberapa minggu gangguan penghantaran melalui Selat Hormuz. - Gambar fail/CENTCOM

ISTANBUL: Tentera Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan 31 kapal untuk berpatah balik atau kembali ke pelabuhan sebagai sebahagian daripada sekatan laut Washington terhadap pelabuhan Iran, kata Komando Pusat AS (CENTCOM) pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi.

Angka berkenaan menandakan peningkatan daripada 29 kapal yang dilaporkan sebelum ini pada Rabu dan susulan pemintasan kapal kargo berbendera Iran TOUSKA pada Ahad di Laut Arab utara, yang ditahan oleh USS Spruance selepas anak kapalnya enggan mematuhi amaran selama enam jam.

Advertisement

Sekatan itu dilancarkan pada 13 April berikutan beberapa minggu gangguan penghantaran melalui Selat Hormuz.

CENTCOM turut menafikan laporan media yang mendakwa beberapa kapal komersial telah berjaya mengelak sekatan tentera lautnya di pelabuhan Iran, menyebutnya sebagai tidak tepat.

Laporan mendakwa bahawa kapal M/V Hero II, M/V Hedy dan M/V Dorena telah berjaya melepasi sekatan dan memindahkan jutaan tong minyak.

CENTCOM menolak butiran itu berkata Hero II dan Hedy sebenarnya berlabuh di Chabahar, Iran, selepas dipintas oleh tentera AS awal minggu ini.

Sementara itu, Dorena kekal di bawah kawalan Tentera Laut AS di Lautan Hindi berikutan percubaan sebelum ini untuk melanggar sekatan, katanya.

Iran tidak segera memberi respons terhadap penerangan AS tentang peristiwa itu.

Penghantaran melalui Selat Hormuz terjejas teruk sejak perang AS-Israel ke atas Iran bermula pada 28 Feb, menggegarkan pasaran tenaga global dan menimbulkan kebimbangan terhad impak ekonomi yang berpanjangan.

Gencatan senjata dengan Pakistan sebagai pengantara sedang dilaksanakan, dan lebih banyak rundingan untuk menamatkan konflik secara kekal dijangka diadakan tidak lama lagi.

-- BERNAMA-ANADOLU 

 

 

Must Watch Video