INTERNATIONAL
Arahan pemakaian pelitup muka di California tamat 15 Februari

California pada Disember menjadi negeri pertama yang merekodkan lebih lima juta kes COVID-19 disebabkan penularan pantas varian Omicron. - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Arahan pemakaian pelitup muka di negeri California, Amerika Syarikat akan tamat pada 15 Feb berikutan penurunan kadar kes COVID-19, lapor Sputnik.
"Kadar kes California menurun sebanyak 65 peratus sejak kemuncak Omicron. Kemasukan ke hospital di seluruh negeri juga stabil. Tempoh keperluan pelitup muka di seluruh negeri akan tamat pada 15/2," kata Gabenor Gavin Newsom pada hari Isnin menerusi ciapan di Twitter.
Newsom dalam tweet itu juga menggalakkan warga California untuk mendapatkan vaksin dan meningkatkan daya tahan terhadap COVID-19.
California pada Disember menjadi negeri pertama yang merekodkan lebih lima juta kes COVID-19 disebabkan penularan pantas varian Omicron.-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami