WASHINGTON: Sejumlah besar pakar Amerika Syarikat (AS) akan mengkaji laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai asal-usul COVID-19.

Fokus kajian laporan itu adalah bagi memastikan siasatan itu bebas dan telus.

Menurut setiausaha akhbar White House, Jen Psaki, pihaknya akan membuat keputusan mengenai langkah seterusnya selepas penilaian itu dibuat.

Satu kajian bersama WHO-China mengenai asal-usul COVID-19 mendapati virus itu mungkin disebarkan daripada kelawar ke manusia melalui haiwan lain.

Kajian itu juga merumuskan bahawa kebocoran makmal sebagai penyebab adalah tidak benar.