Skip to main content

Dunia

ASEAN 2026: Bukan sekadar mesyuarat, Filipina jamin rakyat serantau akan nampak hasil

CEBU (Philippines), May 6 -- Police officers are seen conducting tight security checks around the Mactan Expo in conjunction with the 48th ASEAN Summit and Related Summits today, ensuring a safe and well-coordinated environment as regional leaders and delegates gather for the high-level meetings.  -- fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED
Hasil perbincangan itu akan diterjemahkan menerusi rantaian bekalan yang lebih lancar serta peluang ekonomi berterusan kepada rakyat ASEAN. - Foto Bernama

CEBU: Sidang dan mesyuarat yang berlangsung sepanjang ASEAN 2026 bukan sekadar perbincangan diplomatik di bilik tertutup, sebaliknya diyakini mampu memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat di rantau ini.

Pengerusi Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC), Cristina Aldeguer-Roque berkata, hasil perbincangan itu akan diterjemahkan menerusi rantaian bekalan yang lebih lancar serta peluang ekonomi berterusan kepada rakyat ASEAN.

“Rakyat mungkin tidak melihat perbincangan yang berlangsung di bilik mesyuarat ini, namun mereka akan merasai hasilnya menerusi harga yang lebih stabil, rantaian bekalan yang berfungsi dan peluang ekonomi yang berterusan,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan Mesyuarat AECC, di sini, pada Khamis.

Mesyuarat itu turut disertai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang mewakili Malaysia.

Mengulas lanjut, Christina berkata, ASEAN komited memperkukuh kerjasama ekonomi dalam kalangan negara anggota bagi memastikan rantau ini kekal stabil, terbuka dan berdaya tahan dalam berdepan krisis bekalan tenaga.

“Kita berada pada satu tahap penting dalam proses membuat keputusan, iaitu untuk menyelaraskan pendirian, memperhalusi keutamaan dan menyediakan asas kukuh bagi keputusan yang akan dibincangkan pemimpin ASEAN,” ujarnya.

Beliau yang juga Setiausaha Perdagangan dan Industri Filipina berkata, perbincangan itu turut memberi tumpuan kepada usaha memastikan ASEAN terus relevan dan kompetitif dalam landskap global yang semakin mencabar.

Katanya, ASEAN akan meneruskan pelaksanaan beberapa inisiatif utama termasuk Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) selain menterjemahkan Visi Komuniti ASEAN 2045 kepada tindakan konkrit.

Jelas beliau, semua agenda itu bukan bergerak secara berasingan, sebaliknya saling melengkapi dalam usaha memperkukuh ketahanan ekonomi serantau.

Rentetan itu, beliau menyeru semua negara anggota supaya mengadakan perbincangan secara terbuka dan pragmatik demi mencapai keputusan yang memberi manfaat kepada rantau ini secara keseluruhan.

Must Watch Video