awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN akan tubuhkan Tabung Khas COVID-19

Bernama
Bernama
10/04/2020
21:15 MYT
ASEAN akan tubuhkan Tabung Khas COVID-19
Menteri Luar ASEAN turut membincangkan langkah-langkah dan garis panduan untuk mengekang COVID-19.
Menteri-Menteri Luar ASEAN telah bersetuju untuk mewujudkan Tabung Khas ASEAN COVID-19 bagi memerangi pandemik COVID-19 di rantau berkenaan.
Menerusi satu kenyataan, Kementerian Luar Thailand menyatakan penubuhan tabung berkenaan merupakan salah satu daripada hasil yang dicapai semasa Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN ke-25 melalui sidang televideo pada Khamis.
Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai dan rakan sejawatannya menyertai mesyuarat sidang televideo itu termasuk Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Kementerian Luar memaklumkan tabung itu akan digunakan untuk membeli kelengkapan perubatan dan menyokong penyelidikan dalam rawatan dan vaksin.
"Semua Menteri Luar ASEAN bersetuju untuk bergabung dalam usaha mengukuhkan kerjasama untuk memerangi COVID-19 di rantau ini.
"Mereka turut membincangkan langkah-langkah dan garis panduan untuk mengekang virus yang membawa maut itu," katanya pada Jumaat.
Dalam mesyuarat itu, Menteri Luar ASEAN juga bersetuju untuk memberikan bantuan yang diperlukan kepada warga ASEAN yang tinggal di rantau itu dan di lain-lain negara.
"Selain itu, para menteri juga bersetuju untuk mengurangkan impak sosioekonomi termasuk pelan pemulihan ekonomi untuk membuka jalan kembali kepada keadaan normal," menurut kenyataan itu.
Pada mesyuarat itu, para menteri juga membincangkan persiapan untuk Persidangan Khas ASEAN+3 berhubung pandemik COVID-19, Selasa ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#bantuan
#COVID-19
#Don Pramudwinai
#impak sosioekonomi
#kelengkapan perubatan
#Kementerian Luar
#kerjasama
#Menteri Luar
#Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN
#pandemik
#pelan pemulihan ekonomi
#rawatan
#sidang televideo
#tabung
#vaksin
#virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan