awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nicole Kidman, Keith Urban sah bercerai selepas 19 tahun bersama
Venezuela berkabung 7 hari, tuntut Maduro dikembalikan - Pemangku Presiden
Impian Real Madrid undang kecaman peminat Bayern, Lennart Karl akui kesilapan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN bincang kaedah bantu promosi rantau yang mampan, inklusif, berdaya tahan

Bernama
Bernama
21/11/2022
07:18 MYT
ASEAN bincang kaedah bantu promosi rantau yang mampan, inklusif, berdaya tahan
Norodom Sihamoni bertitah bahawa diplomasi, perkongsian dan kerjasama antara parlimen adalah penting bagi mempromosikan keamanan dan kemakmuran yang berpanjangan di rantau ini. - Reuters
PHNOM PENH: Pemimpin ASEAN mengadakan pertemuan di sini pada Isnin untuk membincangkan kaedah membantu mempromosikan rantau yang mampan, inklusif dan berdaya tahan, lapor Xinhua.
Dalam perutusan diraja sempena majlis perasmian Perhimpunan Agung Ke-43 Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA ke-43), Raja Kemboja Norodom Sihamoni bertitah bahawa diplomasi, perkongsian dan kerjasama antara parlimen adalah penting bagi mempromosikan keamanan dan kemakmuran yang berpanjangan di rantau ini.
"Perhimpunan Agung AIPA ke-43 minggu ini mencerminkan semangat solidariti, perpaduan dan komitmen sebenar untuk mengatasi cabaran semasa demi mencapai masa depan yang lebih aman dan makmur untuk wilayah kita.
"Untuk mencapai masa depan itu, kita mesti memastikan usaha pembangunan negara dan wilayah sejajar dengan konsep kemampanan, keterangkuman dan daya tahan," titah baginda.
Berucap ketika majlis pembukaan, Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen berkata, dunia terus berdepan pelbagai cabaran termasuk persaingan geo-politik, peperangan, perdagangan dan polarisasi ekonomi, perubahan iklim dan bencana alam.
Hun Sen berkata AIPA ke-43 memberi peluang kepada perwakilannya untuk menyertai perbincangan mengenai pelbagai topik bagi mengukuhkan kerjasama ke arah perpaduan dan mengenal pasti cadangan dasar demi kepentingan rakyat di rantau ini.
Presiden Perhimpunan Kebangsaan Kemboja Samdech Heng Samrin berkata perhimpunan itu mencerminkan kekuatan semangat solidariti, persahabatan dan kerjasama erat dalam kalangan Ahli Parlimen ASEAN di tengah-tengah halangan dan cabaran yang dihadapi rantau ini.
ASEAN terdiri Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#kerjasama
#negara asia tenggara
#keamanan
#kemakmuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan